DARI MEJA PENGARANG KANAN
SHAIMON S JUMADI
KURANG BERTANGGUNGJAWAB...... Dimana kah letak tanggungjawab warga Taman Rajawali,Merpati dan Kenari tidak mahu bekerjasama melibatkan diri dalam menyertai Gotong Royong
SETIAP program Gotong Royong yang dianjurkan oleh mana-mana badan NGO atau
pihak kerajaan ianya membawa menfaat dan faedah kepada masyarakat setempat
kerana menjurus untuk kebaikan bersama.
Sebentar tadi saya terbaca berita portal yang disiarkan Sabah
Insider di mana dalam kandungan berita itu menyatakan pihak penganjur amat
kecewa kerana program Gotong Royong yang dianggap penting itu terutama sekali
untuk membersihkan kawasan-kawasan sekelilingan rumah khususnya kawasan Taman
Merpati, Rajawali dan Taman Kenari sangat lengan tidak mendapat sambutan dari
penduduk setempat di ketiga –tiga penduduk taman-taman yang saya sebutkan itu.
Sepatutnya program gotong royong itu di sambut baik tambahan
pula membersihkan kawasan perumahan yang terang-terang menjadi sarang dan
pembiayakan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes adalah amat berbahaya kepada penduduk jadi
kenapa penduduk di ketiga taman tersebut tidak mahu menyertai kerjasama untuk
melibatkan diri untuk bergotong royong, ini juga merupakan kerja-kerja amal
yang dituntut oleh agama Islam.
Begitulah pendapat seorang aktivis masyarakat yang tidak
asing lagi di kalangan rakyat Sabah yang dikenali Dato Paduka Dr Kemellia Hassan (gambar) ketika diminta mengulas satu kenyataan
bertajuk: Kecewa Gotong Royong Taman Rajawali,Merpati dan Kenari Tiada
Sambutan” pada 31-10-2015.
“Saya bukan bertujuan hendak mengajar anda seharusnya sebagai
penduduk warga Taman Rajawali, Taman Merpati dan Taman Kenari sentiasa menitikberatkan
soal keselamatan disamping bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Gotong royong bukan
saja untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah bahkan menjurus untuk
mewujudkan siratulrahim yang intim dan mewujudkan kerjasama yang erat di
kalangan penduduk setempat dan penduduk-penduduk berhampiran” Kata Kemellia.
Katanya memupuk kerjasama yang erat sesama manusia apa lagi dengan seagama dan bukan
seagama memang digalakan oleh ajaran Islam jadi
penduduk ketiga-tiga Taman
tersebut sentiasa mengamal jadi diri dan
mempunyai suntikan semangat kerjasama antara satu sama lain.
Mana-mana penduduk kawasan perumahan sekiranya mempunyai
kerja gotong royong anjuran mana-mana badan NGO atau kerajaan sertailah ini
juga satu amal jariah banyak mendapat kebaikan daripada keburukan kalau anda
sentiasa mengikuti program-program yang di jalankan itu.
“Contoh yang terbaik di mana penduduk-penduduk Taman PPR
Anggerek mereka begitu prihatian menyertai kerja-kerja amal seperti Gotong
Royong membersihkan kawasan anjuran DAP Sandakan telah mendapat sambutan yang
amat menggalakan, walaupun program seumpama itu hanya dianjurkan oleh pihak
pembangkang saja” jelasnya lagi
No comments:
Post a Comment