OLEH AZMIE AZMAN &
PAPARAZI
BERCAKAP tentang pemecatan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal kini
telah menjadi isu besar di kalangan ahli-ahli UMNO di Semporna, Kunak, Lahad
Datu Silam dan Tambisan dan menjadi tajuk perbualan di warung-warung dan
dikedai-kedai mamak.
Rata-rata penyokong tegar UMNO telah marah dengan Najib dan lain-lain
pemimpin khususnya ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak puas hati
dengan Shafie.
Dengan itu sudahlah Shafie telah kehilangan jawatan sebagai
Menteri Kemajuan dan Pembangunan Luar
Bandar ini pula disusuli dengan pemecatan daripada menjadi ahli UMNO.
Shafie yang mempunyai pengaruh besar bukan saja di kawasan
Pantai Timur Sabah bahkan sehingga di Semenanjung kesan buruk jika Shafie dipecat nanti.
Sabah Insider telah menjelaja di tiga kawasan antaranya
Semporna, Lahad Datu dan Kunak di mana pihak kami telah menghantar krew kami
untuk membuat tinjauan mengenai situasi
politik di ketiga daerah itu untuk mendapatkan komen-komen.
Dalam pertemuan beberapa orang ahli UMNO di Semporna memang
rata-rata mereka murkah dengan pucuk pimpinan UMNO yang tergamak menyingkir
seorang tokoh politik tanah air yang berpengaruh besar iaitu Shafie Abdal.
Jika menjadi kenyataan Shafie Abdal dipecat sebelum
perhimpunan Agung UMNO ini maka ahli-ahli UMNO dari Semporna, Kunak, Silam
Lahad Datu dan Tambisan sekiranya Shafie Abdal menyertai Parti Amanah Negara
(PAN) atau PKR mereka semua satu hati keluar dari UMNO yang mengikut jejak
Shafie menyertai PKR dan AMANAH.
Pastinya UMNO di Sabah pada menjelang PRU14 nanti memang
banyak kehilangan kerusi di sebelah pantai Timur, silap langkah UMNO/BN gagal
membentuk kerajaan Negeri.
Pepatah mengatakan jangan dijulok sarang tebuan nanti
binasa akhirnya begitulah Shafie
diibaratkan sarang tebuan kena kacau saja memang UMNO berbahaya.
No comments:
Post a Comment