RESTORAN MAMAK BETUL-BETUL CEKEK DARAH NAIK 90 PERATUS DARI HARGA ASAL

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Kegagalan pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau restoran-restoran mamak (India) bagi mengawal kenaikan harga makanan dan minuman  yang dijual di restoran restoran berkenaan telah menyusahkan pelanggan lain yang  menjadi pelanggan tetap.
 
Dakwaan beberapa pelanggan tetap mendakwa bahawa tindakan beberapa restoran milik mamak (India) menaikan harga makanan dan minuman  sebanyak 90 peratus sejak beberap hari ini amat mengecewakan pelanggan disekitar daerah Sandakan.

“Bayangkan harga roti canai kosong kini dijual RM1,80 sen canai telor RM2,50  mee goreng sea food harga sekarang RM8,00 nasi bryani RM14,00 tea tarik RM2,00 kopi O  dan tea O segelas RM2.00 minuman sejuk kopi O milo O ping segelas harganya RM4,50.
 
“Sementara nasi campur sepinggan hanya tiga lauk RM7,00, mustabak daging RM10,00 murtabak ikan sardine RM7,00 pendek kata semua makanan dan minuman yang  dijual  di resoran-restoran mamak telah dinaikan sebanyak 90 peratus daripada harga asal.” Jelas pelanggan memberitahu kepada media.

“Bila ditanya mereka kenapa semua mahal jawab mereka ayoo ayoo ini semua GST punya pasal kami mana mahu  rugi kami mestyi mahu untuk dalam 80 peratus” kata Mamak itu.


Sambil  berkata ayoo.. kami kasih naik harga mahal ini untuk orang-orang kaya saja  minum makan di restoran mamak  kalau tak ada duit suruh mereka pergi restoran Cina  di sana lebih murah.

No comments:

Post a Comment