NUKILAN DARI HATI
KEHATI
NURLIYANA ABDULLAH
NAMPAKNYA melalui media TV dan Utusan pujian begitu
hebat terhadap bajet 2016 yang dibentangkan oleh PM dan sebalik kegembiraan itu
ramai yang tidak tahu dan gagal mengkaji hakikat sebenarnya.
Yang
jelas bajet berkenaan untuk kementerian2 kena potong sekitar 20-30% terkecuali
bajet untuk Jabatan Perdana Menteri bertambah RM20 bilion.
Hakikat
jelas dimusim PM Pak Lah bajet untuk JPM hanya sekitar RM8 juta dan ada bajet
berkenaan dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.
Rakyat
akan mula merasakan susah sebab subsidi barang2 keperluan seperti tepung,
minyak masak termasuk beras seperti diumum akan ditiadakan makna harga akan
meningkat.
Semua
universiti sejumlah 1.4 bilion dikenakan potongan dan kesannya universiti kekurangan
sekitar 200-300 juta dan untuk menampung masalah kekurangan ini maka yuran
universiti terpaksa dinaikkan untuk menambung perbelanjaan yang tidak mencukupi
dan ada sekolah diuniversiti dikecilkan bernaung bawah satu fakulti lain.
Terkait
dengan universiti ini segala biasiswa termasuk yang diberikan melalui MARA akan
dihapuskan dan ini menambah berat beban anak-anak yang mahu melanjutkan
pelajaran ke Universiti.
Rakyat
termiskin yang selama ini menerima subsidi letrik percuma bil bawah RM20 tidak
akan ada lagi dan rakyat kena membayar sendiri mulai tahun hadapan.
Pembinaan
Hospital puncak yang asal kosnya sekitar RM600 juta dan tiba2 meningkat ke RM8
bilion dan ini akan diurus oleh kroni termasuk 6 buah Uitm baru diswastakan dan
kroni juga yang melaksanakan pembinaannya secara award.
Menurut
laporan pembentangan cukai GST akan diperolehi sebanyak RM39 bilion dan ini
semacam tidak lojik kecuali setiap rakyat membayar RM1,300 seorang dan ianya
menjadi lojik jika GST dinaikkan hingga 10% dan ini sudah jelas.
Ini
antara asas2nya yang boleh dikira bahawa kerajaan terpaksa menaikkan GST dan
mengurangkan perbelanjaan kesan ketidak cekapan mengurus negara dan tidak boleh
tidak kesan minyak tidak menjanjikan pendapatan menampung berpebelanjaan
negara, maka GST terpaksa dinaikkan dan subsidi ditiadakan.
Kesannya
rakyat kena ikat perut melalui bajet 2016 nanti.
No comments:
Post a Comment