MAKSUD KEBAIKAN UNTUK SIAPA SEBENARNYA......LAJIM



KARYA: ISMAILY BUNGSU

 
BEGITU mudah kita melepas kata dan kata2 semacam permainan melompat dari mulut ke mulut dan melebar di mana-mana dan baik utusan atau media TV siap bergema memenuhi ruang angkasa terbuka dan rakyat tersihir kesan kata2 manis bermadu gula.

Katanya " pilihlah kita siap kita berkhidmat untuk kamu dan rakyat didahulukan" tetapi bila saja berkuasa, mereka yang berkuasa lupa diri dan Sabah yang kaya dengan sumber asli tidak mendapat dana sewajarnya dan WANG DISATUKAN hanya untuk mengisi kantung pemimpin atasan pemerintah yang berkuasa penuh
di seberang sana.

Rakyat dibiar miskin papa kedana!

Keperluan asas seperti jalan raya, air paip dan api letrik di kampung2 lebih kurang sama macam zaman Jepun potong kepala meski sudah berulang kali disuarakan di peringkat nasional tetapi seorang PM telinganya tuli dan matanya seperti buta.

Apa saja pemimpin Sabah boleh lakukan kalau kuasa itu sendiri di tangan seorang Najib yang kekadang apa yang dilakukannya tidak pernah dibincang di kabinet seolah Malaysia itu syarikatnya sendiri dan kesannya berjuta bilion masuk ke akaun sendiri. lalu meninggalkan pergi itu lebih baik elak subahat memiskinkan rakyat!

Inilah hakikatnya.

PKR/DAP/Amanah bukan parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL dan untuk ambil alih pemerintah kerajaan BN, tidak boleh tidak mesti dimenangi lebih 112 kerusi MP dan yang hanya mampu memenangi lebih 112 kerusi MP tentulah BN atau HARAPAN PAKATAN. Yang lain tidak akan berjaya sebab mereka tidak tandingi 222 kerusi yang tersedia.

Lalu buat apa buang masa? tumpulah sepenuh tenaga dan berikan sokongan kepada HARAPAN PAKATAN dan jika BN boleh dikalahkan maka barulah kepimpinan di Malaysia ini akan berubah sebalik jika gagal maka akan sama seperti PBS menangi pilihanraya umum 1985 yang kesannya menderita sebab BN kuasai Wang Disatukan termasuklah GST dan segala macam cukai termasuk juga jabatan dan agensi kerajaan yang terpenting.

Harapan pakatan harapan rakyat. Harapan rakyat mahu perubahan dan terbukti kerajaan Pinang dan Selangor ikut laporan audit negara kerajaan terbaik,telus banding kerajaan2 negeri yang ditadbir bawah BN. Sabah baik kerajaan pusat dan negeri keduanya bawah BN tetapi mendapat anugerah TERMISKIN dan PENDIDIKAN ASAS tersorot di Malaysia.

Malu bha kita!



No comments:

Post a Comment