BEZANYA DI BARAT ( banding politik Malaysia)


Tuesday June 28/2016

OLEH: NURLIAYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

KERAJAAN BN memang bijak melaksanakan STRATEGInya untuk terus berkuasa di Malaysia.

Dana WANG DISATUKAN setiap tahun memang cukup, malah lebih untuk membangunkan negara bangsa kita di Malaysia ini, malah hasil Sabah jika diurus dengan baik tanpa ketirisan akan lebih mewah rakyatnya.

Tetapi kesan ketirisan yang hebat dan dana WANG DISATUKAN masuk ke kantung sendiri dengan cara melaksanakan beberapa projek secara AWARD tanpa tender tanpa kepakaran maka terjadilah apa yang kita lihat di Malaysia ini.

BN melaungkan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN sebalik konsep itu dikebelakangkan dan yang diutama ialah poket, kantung para menteri sendiri termasuk kroni mereka, suku sakat dan sebagainya.

Kerana itu kebanyakkan projek mega juta bilion di Sabah sebelum ini milik menteri-menteri kabinet di persekutuan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan/EPU dan projek mega itu diserah kepada kroni/atau budak suruhan dan keuntungan yang berlipat ganda kesan award tadi mereka bagi-bagi  yang ditentukan sebelumnya.

Kalau kita kaji di jabatan Pembangunan Sabah kebanyakan projek yang sampai ke situ sudah dimiliki oleh orang-orang parti kerajaan di Sabah terutamanya UMNO dan yang lain dalam BN.

Sementara cawangan-cawangan parti pula mendapat habuan dan itu diluluskan oleh YB di kawasan masing-masing yang kekadang jika sesuatu projek itu bernilai kos 100% dan selalu hanya 20% yang digunakan untuk menyelesaikan projek yang melanggar skop kerja, sedang 80% mereka bagibagi seperti membagi-bagi harta dalam filem P Ramlee.

Kesan keadaan yang jelas ini menyebabkan pembangunan yang sewajarnya dilaksanakan mengikut peruntukan asal menjadi tidak sempurna dan kekadang tidak sampai sebulan/dua keadaannya menjadi rosak dan kekadang ada yang tidak selesai atau tidak dapat digunakan seperti 300 kelas komputer jabatan pendidikan dengan kos 160 juta dan yang hanya boleh digunakan sekitar 3 kelas sementara yang lain angkang. Rujuk auditor negara.

Keadaan ini menjadikan rakyat Sabah kian susah dan bila susah maka hidup mereka tidak menentu kesan pemberian BR1M dan tangki biru menjadikan mereka akur dan angguk2 sebab sudah jelas kemiskinnan menjadikan mereka kufur.

Kesimpulannnya rakyat hidup di Malaysia ini rata-rata mengharapkan kerajaan atau mengharapkan menteri/pemimpin pemerintah yang rata-rata kaya raya.

Baik apapun lapangan kerja rata-rata rakyat hanya mengharapkan sangat berkerja di jabatan perkhidmatan awam dan di syarikat-syarikat yang kerajaan tubuh, keadaan di Malaysia ini memang beza dengan keadaan di Barat yang tidak mengharapkan kepada kerajaan.

Di Barat bila sampai kepada pemilihan parti/kepimpinan maka mereka tidak termakan dengan wang sogokan dan mereka rata-rata terdiri yang intelek dan memikirkan pemimpin yang benar-benar bijak mengangkat negara bangsa mereka, sebalik di Malaysia ini kesan suapan akibat rakyat Sabah termiskin maka sesiapa/atau parti mana yang kuat MAIN DUIT dan berjanji kasih projek, maka mereka itulah menjadi pilihan dan menang muncul sebaga pemerintah.

Kesannya kemimpinan yang ada tidak berkualiti kesan pemimpin yang difikirkannya ialah mencari dana secara rasuah untuk menghadapi election mendatang dan inilah bezanya Malaysia dan barat yang begitu jelas.

Kesan di Selangor dan Pinang rakyatnya bijak dan terdedah kepada maklumat sebenar, tidak di TV atau utusan yang mencarut, maka di sana mereka menolak parti BN yang korup dan asyik memikirkan perut mereka sendiri.

Slogan rakyat didahulukan hanyalah RETORIKA sementara TV tiga suku dan UTUSAN sering menulis puji ampu pemimpin yang terus membodohkan rakyat Malaysia sejumlah mendekat 30 juta umat.



No comments:

Post a Comment