IBU TUNGGAL-WARGA EMAS ANAK2 YATIM DAN OKU DAPAT WANG RAYA DARIPADA MP SANDAKAN


Monday June 20/2016



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.vom


WANG RAYA...Ibu-ibu tunggal Warga Emas dan OKU serta anak-anak Yatim menerima wang raya yang di sampaikan oleh MP Sandakan

SANDAKAN:-Tuduhan yang sering lontarkan  oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa Parti DAP adalah parti politik untuk satu kaum saja iaitu untuk masyarakat cina  dan DAP juga didakwa anti orang Islam dan Bumiputera Islam.
 
Dakwaan tersebut sengaja diputarbelitkan fakta  perjuangan DAP adalah untuk semua kaum dan masyarakat majmuk yang ada di Negara ini tanpa mengiri bangsa agama dan warna kulit.

DAP bukan saja di Semenanjung bahkan di Sabah khususnya di daerah Sandakan semakin hari  perjuangannya   mendapat tempat dan  bertakta dihati orang-orang bumiputera Islam dan mereka kini faham akan perjuangan DAP yang sebenarnya.


Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sa dakan Stephen Wong Tien Fatt ketika menyampaikan ucapan ringkasnya di majlis Berbuka Puasa  bersama masyarakat khususnya para penduduk di Perumaham LPPB  Sri Taman kelmarin petang.

Majlis Berbuka Puasa itu adalah dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Sandakan yang bertujuan untuk meraihikan masyarakat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa selama sebulan di samping untuk merapatkan siratulrahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran berhampiran telah dihadiri lebih 100 orang penduduk-penduduk perumahan LPPB Sri Taman yang penduduk sekitarnya.

Sejurus selapas majlis berbuka puasa  kemudian Wong telah mengagih-agihkan wang raya kepada golongan warga emas,ibu-ibu tunggal  dan anak-anak yatim serta orang kurang upaya (OKU)


Sambil itu Wong berpesan kepada warga Islam yang bakal menyambut hari lebaran supaya berjimat cermat bila berbelanja belilah barang-barang yang perlu sahaja memandangkan  harga barang-barang sekarang semakin hari kian meningkat tinggi  gara-gara GST.

No comments:

Post a Comment