Sunday June 12/2016
OLEH:
AZMIE AZMAN
SHAIMON
S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Ahli-ahli DAP di peringkat akar
umbi supaya sentiasa memupuk dan
menjalinkan semangat kerjasama antara satu sama lain demi keutuhan perjuangan
DAP bukan saja di peringkat CLC bahkan
seluruh cawangan-cawangan.
Perjuangan DAP bukan untuk satu
kaum saja khususnya untuk masyarakat Cina perjuangan DAP adalah untuk semua
kaum yang ada di muka bumi Negara ini
tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.
“Kalau DAP didakwa anti Islam anti orang Melayu seperti yang sering
didakwa oleh pihak-pihak tertentu itulah adalah tidak benar sama sekali mereka
sengaja mengelirukan rakyat Islam
mengenai matlamat dan perjuangan DAP yang sebenarnya.
Pengerusi DAP Sabah merangkap Pengerusi
CLC DAP Bahagian Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian ketika
berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Tahunan 2016 cawangan-cawangan DAP yang di adakan dipejabat Perhubungan DAP Sandakan tadi
pagi.
Katanya DAP semakin hari semakin diterima oleh bumiputera Islam dan
bukan Islam di Sabah khususnya di Sandakan ramai orang-orang bumiputera kini
telah menjadi ahli DAP di beberapa cawangan yang sedia ada.
Turut hadir para pemimpin kanan DAP daripada Tajung Papat Frankie Poon
Elopura George Hiew dan Kalvin Chong Karamunting dan tidak ketinggalan
juga Henry Chin Setiausaha Organisasi
DAP Kota Kinabalu.
Seramai 180 orang daripada tujuh (7) cawangan DAP turut hadir
dimesyuarat tersebut yang berjalan selama tiga (3) jam itu.
No comments:
Post a Comment