Wednesday June 29/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
KARAMUNTING:- Sebagai rakan seperjuangan dalam barisan Pakatan Harapan
antara DAP-PKR dan AMANAH Ahli Parlimen Sandakan bersama Stephen Wong Tien Fatt bersama rombongan DAP Sandakan telah menhadiri satu Majlis Berbuka Puasa bersama-sama umat
Islam di Kampung Air dekat sini semalan.
Majlis berbuka puasa yang
dianjurkan oleh Ranting Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi yang diadakan kediaman Mustapha Talib di Kampung Air telah dihadiri lebih
70 orang penduduk setempat.
Dalam ucapan ringkas Ahli
Parlimen itu antara lain menjelaskan DAP berjuang bukan untuk satu kaum saja
sebalik untuk semua kaum yang ada dimuka bumi Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
“DAP tidak anti Islam tidak
anti orang Melayu orang –orang tertentu sengaja membuat fitnah kononnya DAP
adalah anti Islam itu tidak benar”
katanya.
Sambil itu Wong merasa kesal
dakwaan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman
yang menyelar orang-orang Islam yang menyokong/bersekongkol dengan DAP di cap sebagai kafir harbi dan haram.
Kenapa UMNO bersekongkol dengan MCA dan Gerakan kenapa
Mufti itu mereka dicap sebagai kafir-harbi dan haram kalau parti DAP diketuai oleh bangsa Cina apa
bezanya dengan MCA dan Gerakan dipimpin juga oleh bangsa Cina.
Sejurus selepas majlis
tersebut selasai Wong dengan ikhklas hati menghukurkan wang raya kepada warga
emas untuk keperluan di hari lebaran nanti.
Dalam pada itu Ketua Rantin
Batu Sapi Hj Basri Ibrahim bagi pihak ahli-ahli PKR mengucapkan terima kasih
kepada Wong juga Frankie Poon dan Bryan Chang Shak Hung kerana sudi datang untuk bersama-sama berbuka puasa sambil
menghulur bantuan kewangan kepada warga emas.
.
No comments:
Post a Comment