KAMPUNG ULU MEMBAKUT PERLU JALAN RAYA YANG BAIK DEMI KESELESAAN PENDUDUK SETEMPAT

Tuesday June 07/2016


OLEH: THOMAS P SUNGGIUK
www.sabahinsider14.blogspot.com


MEMBAKUT:- Para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah  sering melaung-laungkan bahawa Sabah di negeri di bawah bayu adalah negeri yang paling maju antara di 13 buah negeri dalam Malaysia.
Apakah kenyataan demi kenyataan itu  yang dilaung-laungkan itu memang menjadi reality atau sekadar omong-omong kosong saja untuk menyedapkan  hati rakyat Sabah di bawah pemerintahan BN/UMNO.
Ternyata kenyataan yang sering dilafaskan oleh para pemimpin negeri BN/UMNO bahawa  sabah adalah negeri termaju dalam Malaysia nampaknya meleset dan menyimpang jauh  coba lihat nasib penduduk di Kampung Ulu Membakut sekian lama mereka menggunakan melalui jalan yang becak berlumpur sudah bertahun-tahun lama sehingga ke hari ini belum di naik taraf lagi seperti jalan-jalan di kampung yang lain.

.”Sebelum ini pernah terjadi seorang yang sarat mengandung bersalin di tepi jalan sebab keadaan jalan yang sangat teruk dan mengekang perjalanan ke hospital terdekat hampir-hampir membawa maut kepada wanita hamil itu kerana lambat sampai ke rumah sakit di sebabkan oleh keadaan jalan yang tidak baik” kata penduduk-penduduk kg berkenaan. 

Di mana kah letaknya tanggungjawab seorang wakil Rakyat membakut dan ahli parlimen Kimanis kenapa dan mengapa membiarkan keadaan itu berlarutan begitu saja tanpa diambil apa-apa tindakan kerajaan BN/UMNO bukan tiada peruntukan untuk membina jalan raya yang lebih baik untuk keselesaan kepada penduduk setempat.



No comments:

Post a Comment