Thursday June 30/2016
OLEH: AZMIE AZMAN
www. Sabahinsider14.blogsport.com
SANDAKAN:- Portal Online The
Sabah Insider.net semakin hari semakin
dapat sambutan hangat di kalangan peminat pembaca media portal di seluruh
Negara termasuk Sabah Sarawak,Brunei
Singapura juga Indonesia.
Setakat
ini Sabah Insider baru berusia lebih kurang tiga tahun Indeks jumlah pembaca ialah 227,114 ini menunjukan
ada peningkatan di kalangan pembaca.
Pengerusi
Ahli Lembaga Portal The Sabah Insider.net Dato Seri Kemellia Hassan (gambar)
berkata peranan media portal Sabah
Insider yang tidak berat sebelah dalam
membuat penyiaran berita-berita panas dan sensasi sama ada datangnya dari pihak
kerajaan mahupun pihak pembangkang asal bentuk tulisan itu mempunyai fakta
bukan cerita direka-reka yang disumbangkan oleh para penulis tempatan pastinya
ada ruang untuk disiarkan hasil karya-mereka.
Sementara
dalam kenyataan berasingan Ketua Pegawai
Eksekitif (CEO) Porta The Sabah Insider.Net Jun Pacifico Abdullah menyatakan Sabah Insider akan diperluaskan
dan akan membuka cawangan di Lahad Datu Tawau dan Semporna .
Sekarang
ini kata Jun Sabah Insider beribu pejabat di Kota Kinabalu di bawah pentadbiran
saya dan cawangannya di Sandakan diurus
tadbir Shaimon S Jumadi dan Azmie Azman di Kuala Lumpur diurus tadbir oleh
Kamaruddin Zaman.
Saya
bagi pihak pengurusan Sabah Insider mengambil kesempatan mengucapkan setinggi
terima kasih kepada seorang tokoh penulis
tanah air yang tidak asing lagi iaitu Saudara Hj Ismaily Bungsu dan
Nurliyana Abdullah dan juga James Leong Ketua Biro Akhbar New Sabah Times
kerana mereka bertiga ini banyak menyumbangkan bahah-bahan cerita/artikel dan
juga berita-berita tempatan untuk disiarkan di portal Sabah Insider.
“Saya
tidak berjanji sekiranya kedudukan kewangan
Sabah Insider stabil mereka yang menyumbangkan tulisan-tulisan kepada portal
ini akan diberi sedikit ganjaran sagu hati” kata Jun.
No comments:
Post a Comment