PESTA KAAMATAN WUJUDKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM.....KATA ZAKARIA


Wednesday June 01/2016


Gambar Menunjukkan…..Fred Len Shing menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Zakari

 
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com 

GUM-GUM:  Penganjuran Pesta Kaamatan sepertimana yang diadakan di Kampung Jaya Bakti ini adalah suatu tanda kekuatan kepada perpaduan kaum di negara kita, khususnya masyarakat komuniti di Sabah, yang datangnya dari pelbagai latar etnik.

Pesta Menuai yang diadakan setiap tahun sepanjang bulan Mei  bukan sahaja diraikan di bandar besar tetapi di peringkat kampung merupakan tandanya betapa kuat dna kukuhnya hubungan silaturahim di kalangan rakyat.

“Saya bangga dan berharap agar hubungan silaturahim antara semua kaum dapat dipelihara dan menjadi teras kepada perpaduan kita di Sabah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmukan sambutan Pesta Kaamatan di dewan Kampung Jaya Bakti di sini kelmarin.

Justeru itu, Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, menyeru agar keharmonian kaum terus dikekalkan dan pelihara budaya kita kerana budaya adalah identity bangsa kita.

Konsep meraikan bersama perayaan dan semangat kunjung mengunjung di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa hendaklah diteruskan. Inilah nikmat keharmonian yang kita perlu hargai hingga ke generasi akan dating yang akan mewarisi budaya kita ini, tambah Zakaria.

“Saya percaya dengan kestabilan politik mampu menjamin keharmonian dan ketenteraman selain mampu menstabilkan ekonomi kita. Dengan ini di tambah lagi sokongan padu para pemimpin di peringkat atas maka setiap program kearah pengkukuhan kaum terus mendapat perhatian,” kata Zakaria.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah  Pengerusi JKKK Kg Jaya Bakti merangkap pengerusi penganjur Fred Len shing, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said, AJK UMNO Bahagian Libaran Amru Samu dan pemimpin-pemimpin kampung.





No comments:

Post a Comment