Friday July 01/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Program Jelajah Ramadan
Al-Mubarak anjuran Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) tetap diteruskan hingga
dipenghujungnya yang banyak membawa menfaat kepada rakyat setempat.
Antara progam Jelajah
Ramadan ini selain berbuka puasa
bersama-sama umat Islam sambil itu mengagih-agihkan
wang raya kepada golongan warga emas-ibu-ibu
tunggal dan anak-anak kepada orang-orang
kurang berada untuk menyambut hari lebaran yang hanya tinggal beberapa hari sahaja
lagi.
Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tien Fatt bersama ahli Jawatankuasa DAP Sandakan Frankie Poon dan
Bryan Chang Shak Hung telah mengorak langkah jauh sedikit perjalanan mereka
semata-mata untuk menjayakan program Jelajah Ramadan di mana kelmarin petang mereka sampai juga ke Kampung Tabah Baru Batu Sapi untuk
menghadiri majlis Berbuka Puasa bersama-sama masyarakat dikampung tersebut yang dianjurkan oleh
Pejabat Parlimen Sandakan.
Dalam ucapan alu-aluan Wong
sekali lagi menjelaskan bahawa DAP tidak anti Islam dan anti orang Melayu
perjuangan DAP adalah untuk membela nasib rakyat yang berbilang kaum di Negara ini
yang tertindas dan perjuangan DAP
tidak mengira warna kulit atau
bangsa dan anutan agama yang berbeza.
“Kita rakyat di Sabah memang beruntung walaupun mempunyai 32
suku kaum berbilang bangsa berlainan budaya dan perbezaan pegangan agama tetapi
kita boleh duduk semeja dengan bangsa-bansa lain seperti Kadazan Melayu Cina
dan India dalam hidup harmoni aman dan damai.
“Tidak macam di Semananjung
terdapat segelintir orang-orang Islam memang anti dengan DAP sehingga
Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman tergamak menyelar orang-orang
Melayu Islam yang bersekongkol dengan
DAP mereka telah dicap sebagai kafir
harbi dan haram”kata Wong dengan panjang lebarnya.
Wong berkata Syabas kepada
Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Khalid Abu Bakar kerana telah mengambil tindakan
terhadap Mufti Pahang dan membuka kertas siasatan yang boleh disabit kesalahan
di bawah undang-undang Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948.
F
No comments:
Post a Comment