Jumaat Jun 10/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
KERANA WANG.....tega buat apa saja
RAKYAT jadi
bingung kesan kenyataan selalu berubah. Hari ini lain dan esok bisa berubah.
Terakhir
konon pengaturcara komputer bebas yang sebelum ini mendakwa ditipu dalam
penjualan 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum
Deklarasi Rakyat hari ini tampil dengan akuan bersumpah (SD) terbaru untuk
menafikan yang terdahulu.
Dalam
SD pertamanya, Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama
berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian
dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.
Namun,
segala berubah hari ini."Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengenali
individu yang bernama Ema atau juga 'Ratu Naga' dan tidak pernah menjalankan
apa-apa urusan dengannya.
"Sebelum
ini, saya telah diupah untuk mengadakan sidang akhbar berdasarkan teks yang
diberikan oleh orang yang mengupah saya iaitu Badrul Hisham Shaharin ,"
kata beliau dalam SD terkini itu.
Sukar
dipercaya setiap apa saja kenyataan terutama sekali bila terkait isu politik.
No comments:
Post a Comment