Selasa Jun 14/2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Untuk membantu orang susah tidak kira parti
pemerintah kah atau parti pembangkang yang penting tujuan ikhlas dan
niat cuci seseorang itu yang suka menolong.
Seorang keluarga miskin yang hanya mampu kais pagi makan pagi kais petang untuk
petang iaitu Puan Parida yang tergolong daripada miskin tegar di katakan terpaksa telah memberhentikan persekolahan anaknya dalam tingkat satu kerana
factor kemiskinan.
Setelah Puan Paridah mendapat bantuan ehsan
daripada kerajaan khususnya Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat kini anaknya berjaya menyambung semula pelajaran ke tingkatan satu.
Puan Paridah berkata ini semuanya adalah atas
bantuan Ketua Cawangan Penaja DAP Taman
Sentosa Bryan Chang Shak Hung dan ahli-ahlinya
yang perihatin dan bersusah paya membantunya sehingga anaknya dapat
bersekolah semula.
Malam tadi Bryan Chang bersama rakan-rakan
seperjuangan mereka telah bertandang kerumah Puan Paridah untuk bersama-sama
berbuka puasa dengan keluarga Paridah secara ala kadar sahaja.
“Saya bersyukur rupa-rupanya masih ada
insan yang menyayangi keluarga kami
walaupun dalam ke adaan kami miskin ini
jelas walaupun saudara Bryan Chang bukan sebangsa dan seagama dengan saya namun
dia punya hati yang murni banyak membantu
kami yang dalam keadaifan ini semoga Allah saja membalas budi baik mereka dan
di limpahkan rezeki…Amin” kata Paridah dengan nada sebak
No comments:
Post a Comment