ETIKA BERHUJAH SEORANG PEMIMPIN YANG BERAKHLAK


Wednesday Jube22/2016



OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

ETIKA BERHUJAH SEORANG yang mahu jadi pemimpin kena jaga tingkah, olah, kelakuan, akhlak termasuk cara berbahasa. Bahasa yang kita lontar itu sebenarnya menggambarkan diri kita sendiri.

Bagaimana bahasa yang kita keluarkan rata-rata begitulah sikap penuturnya. Nah, kerana itu selalu saya tekankan pemimpin pembangkang terutama PKR kena hati-hati bahasa dan usaha tika berhujah jangan sekali guna perkataan bodoh, bangang dan kata-kata makian.

Rakyat sedang memerhatikan ayat-ayat dan tulisan kita. Kalau seseorang pemimpin itu mahu jadi pemimpin dan bahasanya kasar maka tidak hairan nanti rakyat akan sama dimaki-maki. Pemimpin kena tunjuk sikap baik dan pemimpin penunjuk jalan yang benar dan harus berhemah dan berfikir sebelum bercakap.

Yang saya katakan itu antara gambaran buat mereka yang mahu jadi pemimpin. Biasanya para pemimpin kita ini kalangan ahli-ahli PKR jelas itulah yang kelak menjadi calon/bakal jadi YB dan sekaligus menjadi pemimpin dan mulai sekaranglah kena tunjuk sikap terbaik.

Selalu saya perhatikan ramai kalangan pemimpin kita tidak tahan bila berhujah dan diherdik dengan kata-kata kasar mereka terus melenting seperti kehilangan akal lalu memaki-maki dan mengatakan yang teman berhujah dengan kata bodoh, bangang dan sebagainya. perlu saya katakan cara itu bukan yang terbaik dan itu menandakan diri sendiri tidak layak menjadi pemimpin, malah orang semacam itu tidak akan disukai rakyat dan rakyat akan menjauh.

Saya suka sangat memerhati ada pemimpin kita kala dikata bodoh, kekadang mereka diam dan ada juga yang mengucapkan terima kasih dan menjauh dan ada kekadang pemimpin PKR saya tegur jangan balas hujah jika ada yang berkata kesat kerana mendiamkan diri itu lebih baik ikut sama sikap tak berakal.

Teringat ketika sobat nabi membalas makian dan nabi segera lari kala ditanya alasan nabi ketika sobatnya memaki setan akan datang berbondong dan malaikat segera menjauh dan itu sebab nabi juga sama menjauh.

Selain daripada itu malaikat juga tidak suka sesuatu yang jelek seperti mengedit-edit gambar yang tujuannya menghina aibkan. saya minta sesiapa saja yang berhujah baik di grup-grup facebook atau watsapp yang saya cipta kena jaga disiplin dan kena patuhi etika berhujah untuk menjadikan diri sebagai insan yang berakhlak mulia dan berhemah kala berkata-
kata.

Kepimpinan melalui teladan katanya Mahathir Muhammad


No comments:

Post a Comment