Friday July 01/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.b;ogspot.com
SANDAKAN:-
Seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang juga Pengerusi Ahli
Lembaga Portal Online The Sabah Insider.Net Dato Seri Paduka Kemellia Hassan hari ini memuji tindakan
drastic pihak Polis khususnya Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar
kerana begitu mengambil perhatian mengenai kenyataan Mufti Pahang yang berunsur
hasutan.
Katanya
pihak Polis akan membuka kertas siasatan terhadap Mufti Pahang Datuk Abdul
Rahman Osman yang menyelar orang Islam yang bersekongkol dengan DAP dicap
sebagai kafir harbi dan haram yang boleh mencetuskan dan menimbulkan kemarahan
bukan saja kepada bukan beragama Islam tetapi orang-orang Islam sendiri turut
murkah atas tingkah laku dan perbuatan melampau itu.
Menurut
polis kata Kemellia kenyataan Mufti Pahan Abdul Rahman yang berunsur hasutan
itu boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
“Syabas
dan takniah pihak PDRM dan juga Ketua Polis Negara kerana mengambil serius
tentang kenyataan Mufti Pahang itu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di
Negara ini atas kenyataannya yang tidak sepatutnya dilafaskan dengan mengikut
perasaan tanpa memikirkan implikasi dan kesan buruk terhadap dirinya sendiri.”
Kaatanya.
Kata
Kemellia kalau Abd Rahman marah orang-orang Melayu Islam bersekongkol dengan
DAP tetapi jangan sampai mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan seperti
Kafir Harbi dan Haram.
“Dalam
mana-mana hadis dalam kitab Suci Alquran tiadapun menyebut kalau orang Islam
menyokong Parti yang dipimpin bukan Islam seperti DAP parti Cina hukuman haram
atau nereka jadi kafir harbi seperti yang telah dinyartakan oleh Mufti Pahang.
“Politik-politik
juga jangan di campur adukan dengan agama sayang sekali Abdul Rahman yang
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam rukun-rukun Islam yang secukupinya
sehingga beliau (Abdul Rahman) telah menjawat jawatan Muti Negeri Pahang tetapi
berkelakuan sangat biadap di mana kah letaknya maruah sebagai orang yang
bergelar alim ulamak itu” tambah Kemellia.
Berikut kenyataan penuh Ketua Polis Negara
berhubung kait dengan tindakan Mufti Pahang
Kenyataan Mufti Pahang: Polis buka kertas
siasatan di bawah Akta Hasutan
Bernama | Jun 30, 2016 07:32 MYT
Bernama | Jun 30, 2016 07:32 MYT
Pihaknya menerima laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu. - Gambar fail
KUALA
LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung
kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah
'kafir harbi'.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan polis
masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti
Pahang itu.
"Biar
polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti
Pahang.
"Apabila
siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara
untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan
Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, pada Rabu.
Turut
hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan
Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai
Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.
Dalam
perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa
menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator
Uganda Idi Amin.
"Ini
merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir. Ini adalah
tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.
Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya. BERNAMA
Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment