ULASAN SEMASA POLITIK SABA


Khamis Jun 30/2016


OLEH: EVANGELINE SORAYA KIGIS
www:sabahinsider14.blogspot.com

ADALAH fitrah manusia semulajadi mana mana kelompok sosial amat kuat pengaruhnya,agama,ikatan persaudaraan,kesukuan dan tempat sekeliling.

Ikatan elemen ini tidak mengira dalam kehidupan seharian apalagi dalam persatuan mahu pun politik tidak terlepas dari naluri ini untuk mendorong kelompok itu bersatu untuk menghadapi bahana atau membela maruah diri sama sama bergerak untuk membuat tindak balas.

Pergolakan politik pantai timur Sabah ekoran dari penggantungan Datuk Seri Shafie Apdal dari ahli UMMO telah menggerakan ahli parti itu membuat gerak balas berhasrat meninggalkan keahlian parti mereka akibat tidak setuju keputusan ahli kerja UMNO pusat menghukum pemimpin mereka.

Adalah tidak dinafikan ketika UMNO melebarkan sayapnya di negeri dibawa bayu ini penglibatan tokoh ini tidak boleh dipertikai oleh mana mana pihak adalah tidak keterlaluan tanpa usaha gigih beliau bersama kumpulannya maka UMNO Sabah akan melalui jalan berliku berhadapan ahli USNO ketika itu yang enggan parti keramat Islam Sabah itu dileburkan untuk memberi laluan kepada parti Melayu semenanjung ini sehinggakan perlembagaan diubah suai ahlinya dilebarkan kepada bumiputra Sabah.

Adalah menjadi bualan ramai tanpa kehadiran DSSA terutama musuh politiknya UMNO Sabah tidak akan mengalami perubahan ketara untuk menghadapi PRU14.

Namun ada setengah pengamat politik beranggapan tindakan ke atas DSSA akan mengubah landskap politik terutama pantai timur Sabah yang majoritinya adalah suku sakatnya dan telah merasai kepimpinannya bermula dari USNO sehingga kini.

Sumber dalaman mengatakan kes Datuk Shaife Apdal ada dikategorikan bersama mantan MB Terengganu tidak selayak diambil tindakan oleh kerana kehadiran KM Sabah hanya pemerhati dalam mesyuarat majlis tertinggi parti, bersungguh sungguh supaya Shaife diambil tindakan setara dengan Muhyidin dan Mukriz.

Semoga dengan riak kecil ini tidak akan mematahkan semangat Datuk Shafie Apdal terus berjuang untuk menabur bakti di negeri ini.....


No comments:

Post a Comment