Saturday June 25/2016
(Orang Islam
bersekongkol dengan DAP Haram sebab Parti Cina UMNO bersekongkol dengan
MCA-Gerakan dan MIC Parti Cina dan India
kenapa tak haram Mufti
Pahang Datuk Abdul Rahman Osman)
OLEH: KAMARUDDIN
AZMAN
www:sabahinsider14.blogspot.com
KUALA LUMPUR:- DAP yang jelas menentang pelaksanaan
hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong
dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Mufti
Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat
Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa
besar.
Kata
beliau, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara
berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
“Kita
dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang
Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip
mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan
mereka.
“Rasulullah
SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam.
Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” kata
beliau ketika dihubungi hari ini.
Utusan
Malaysia hari ini melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata,
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan
prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh
Islam.
Kata
Haron, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan
mengundang banyak perkara negatif.
Sehubungan
itu, Abdul Rahman meminta Dr. Mahathir segera meninggalkan DAP dan kembali ke
landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk
menjatuhkan sebuah negara Islam.
“Pas
dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari
bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Dr. Mahathir perbanyakkan
istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.
No comments:
Post a Comment