Wednesday June 22/2016
MANGSA ARWAH......Bill Kayong tiada musuh pernah dia menerima ugutan melalui panggilan tellefon
KUCHING: Persatuan Dayak
Sarawak (Pedas) terkejut dengan pembunuhan setiausahanya, Bill Kayong pagi tadi
dan mahu polis segera mencari pelakunya.
Presiden Pedas Kapten
Collin Imran Abdullah berkata Bill merupakan seorang yang cepat mesra serta
komited dalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak.
“Sepanjang mengenali
mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun,” katanya.
Bagaimanapun, Collin
berkata tahun lepas Bill pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang
diterimanya supaya jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.
“Dia memberitahu saya,
tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia
tidak suka membesarkan perkara remeh,” katanya.
Beliau berkata Pedas
akan cuba membantu kebajikan keluarga Bill termasuk soal upacara pengebumian.
“Mangsa ialah seorang
mualaf dan kita sekarang akan berbincang dengan ahli keluarganya untuk
memudahkan upacara pengebumian dijalankan,” katanya.
Bill, 43, yang juga
merupakan setiausaha PKR Cawangan Miri ditembak mati kira-kira 8.30 pagi tadi
ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu
isyarat di Lutong.
Pengerusi PKR Sarawak
Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan
mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah
penduduk.
Pesuruhjaya PAS Sarawak
Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS
dalam PRU13 di kawasan Parlimen Sibuti. POSTED BY BERNAMA
No comments:
Post a Comment