Tuesday June 21/2016
DARI MEJA PENGERUSI
AHLI LEMBAGA TSI
DATO SRI KEMELLIA
HASSAN
SAYA amat tertarik
bila membaca tulisan Editor Kanan portal online The Sabah Insider.net iaitu
Shaimon S Jumadi yang bertajuk “Golongan OKU Tidak Terpinggir Dapat Bantuan
Dibulan Ramadan Dari MP Sandakan” yang tersiar pada 21-06-2016 diportal Sabah Insider.
Saya
memang tidak dapat menafikan dibulan
Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat ini bukan saja para pemimpin yang beragama
Islam yang sedang menjalani kerja-kerja amal di bulan yang mulia untuk mencari
keredahan Allah untuk menambah ganjaran pahala yang berlipat ganda sambil
menjalani ibada puasa sebulan.
Namum
pemimpin politik yang bukan seagama dengan kita pun turut berbakti untuk membuat kerja-kerja
amal dimusim-musim bulan Ramadan ini.
Saya
bagi contoh yang terdekat YB Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan (DAP) walaupun beliau
(Wong) bukan seorang Islam tetapi sebagai pemimpin yang diberi mandate oleh
pengundi-pengundi daripada golongan pelbagai masyarakat dengan menjadi wakil
rakyat untuk mewakili semua masyarakat majmuk di kawasan Sandakan dia (Wong)
tidak putus-putus membantu kepada golongan orang-orang yang kurang berada atau
erti kata lain yang terdiri dan tergolong daripada miskin tegar.
Saya
sebagai aktivis Sosial memang sentiasa mengikuti pergerakan dan perjalanan dari
masa kesemasa Ahli Parlimen Sandakan.
Apa
yang kita lihat setiap kali muncul bulan Ramadan Wong memang sangat sibuk berjumpa
dengan para pengundi-pengundi sambil menghulurkan wang sumbangan untuk
majlis-majlis berbuka puasa bersama-sama masyarakat islam setempat di beberapa
buah kampung.
Selain
itu wong juga menghadiahkan sebungkus kurma kepada umat Islam dan juga turut
menghulurkan sedikit bantuan wang raya
kepada Ibu-Ibu Tunggal-Anak-Anak Yatim Warga Emas dan Orang Kelianan Upaya
(OKU) untuk keperluan di hari raya nanti.
Bagi
pandangan saya secara pribadi kalau DAP dikatakan anti Islam anti Melayu kepada para pemimpinnya sama ada di
Semenanjung atau di Sabah khususnya di Sandakan mereka sibuk untuk mengatur
segala keperluan untuk sambutan hari raya ini terutama sekali membantu golongan
miskin dalam apa saja bentuk bantuan di salurkan.
No comments:
Post a Comment