GOLONGAN OKU TIDAK TERPINGGIR DAPAT BANTUAN DI BULAN RAMADAN DARIPADA MP SANDAKAN



Tuesday June 21/2016

DARI SUDUT MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsier14.blogspot.com







 TERIMA KASIH YB..... Salah seorang ibu tunggal dua tahun berturut-turut mendapat wang raya daripada Ahli Parlimen Sandakan di bulan Ramadan Al-Mubarak

SEBILANGAN warga emas-ibu-ibu tunggal anak-anak yatim serta Orang Kurang Upaya (OKU) mereka tidak pernah  terpinggir di musim-musim bulan  Ramadan Al-Mubarak seterusnya hingga menyambut hari lebaran yang semakin hampir di mana mereka tetap dijaga akan kebajikannya.


Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong sebagai seorang wakil rakyat  yang telah diberi mandate oleh semua pengundi daripada pelbagai golongan terus memainkan peranannya serta mengambil berat terutama sekali soal kebajikan penduduk-penduduk khususnya di kawasan parlimen Sandakan.


Sudah tiga tahun berturut-turut  bila menjelangnya bulan Ramadan Wong terpaksa mengorbankan  sedikit kewangannya  sebagai  persedian untuk  wang  raya (Ang Paw) untuk diagih-agihkan kepada golongan warga emas-ibu-ibu tunggal,anak-anak yatim dan tidak ketinggalan orang kurang upaya  (OKU) untuk kegunaan dan  keperluan  dimusim  hari raya nanti.

Selain itu Ahli Parlimen itu juga terpaksa belanja sedikit untuk membeli makan untuk majlis-majlis berbuka puasa di beberapa buah kampung bersama-sama masyarakat Islam setempat.



Walaupun Wong seorang wakil rakyat daripada pihak pembangkang namun peranan dan tanggungjawabnya untuk membuat kerja-kerja amal terutama sekali dimusim-musim bulan Ramadan bulan yang mulia  untuk kebajikan masyarakat Islam setempat semakin menyerlah  dan semakin  hari perjuangannya diterima oleh masyarakat Islam.


Sementara masyarakat pengundi atas pagar rasa bersyukur kerana  penduduk Sandakan mendapat seorang wakil rakyat iaitu ahli parlimen Sandakan memang benar-benar berjiwa rakyat seperti Stephen Wong yang  suka membantu orang-orang yang terus terpinggir terutama sekali golongan miskin

Kami mengharap agar Wong terus diberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi meneruskan khidmatnya  sebagai Ahli Parlimen Sandakan untuk penggal yang  kedua akan datang ini agar mencampai kemenangan yang besar pada PRU14 nanti.


No comments:

Post a Comment