MP SANDAKAN (DAP) BANTU MEMBAIK PULIH PENDAWAIAN ELEKTRIK SERTA MELULUSKAN PENAMBAHAN KIPAS ANGIN DAN LAMPU UNTUK SAN


Friday June 03/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

ELOPURA:- Tugas sebagai ahli parlimen walaupun dipihak parti pembangkang juga mempunyai peranan dan bertanggungjawab terhadap segala permasalahan rakyat yang telah dihadapi.


Sekolah Agama Negeri (SAN) yang terletak di Batu 1.05  Jalan Utara dekat sini memang dalam keadaan  kedaifan dalam serba serbi kekurangan  bukan saja kerosakan  pagar.seling bahkan juga kerosakan pendawaian elektrik yang telah lama dialami tetapi tiada satu ADUN kawasan Elopura yang mengambil tahu tentang masalah tersebut.

Memandangkan kerosakan pendawaian yang amat berbahaya dan akan mengancam keselamatan  murid-murid termasuk guru-guru kelas disekolah berkenaan lantaran Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  telah membuat lawatan ke bangunan sekolah SAN seraya meninjau kerja-kerja pembaikan pendawaian (wiring) di sekolah berkenaan sambil itu Wong juga meluluskan penambahan kipas angin dan lampu yang telah dipohon oleh Pengerusi PIBG Sekolah tersebut.


Wong berharap setelah  selasay semua kerja-kerja pendawaian dan penambahan kipas angin dan lampu maka murid-murid  yang mengikuti kelas dan guru-guru dapat mengajar dengan lebih selesa.






No comments:

Post a Comment