OLEH:
E SORAYA KIGIS
Sunday
August 07/2016
1.SEMENJAK kejatuhan Parti Berjaya akhirnya bumiputra Islam bernaung dalam
parti USNO mendepani PBS selama sembilan tahun.
2.Perpaduan majoriti bumiputra Islam bagai
aur dengan tebing bertekad menjatuhkan pemerintahan PBS dengan beberapa siri
pilihanraya negeri berakhir dengan kekalahan dan akhirnya USNO dibubar memberi
laluan kepada UMNO yang mempunyai jentera dan logistik yang mampan serta
memberi jaminan membawa pembagunan pesat di Sabah dengan Slogan semasa kempen
pilihanraya "SABAH BERUBAH DALAM 100 HARI".
3.Strategik penggiliran ketua menteri yang
diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir menarik perhatian kepada beberapa parti
tempatan untuk bergabung dibawa payung Barisan Nasional berakhir kemerosotan
kursi PBS dan dua wakil rakyat dari parti itu telah mengubah sokongan mereka
kepada BN yang diterajui oleh UMNO membolehkan tertubuhnya kerajaan Barisan
Nasional pada tahun 1994.
4.Kekompakan Barisan Nasional adalah faktor
kerajaan negeri dapat mengatur program programnya untuk kemajuan negeri yang
ditinggalkan oleh PBS menghampiri negeri yang muflis.
5.Akibat sistem penggiliran ketua menteri
telah memberi peluang Musa mengambil alih ketua pentadbir Sabah dan beliau
mengakhir penggiliran itu dengan sokongan sekutunya di Malaya dengan agenda
tersembunyi selepas itu kita dikejut banyak skandal skandal rasuah dilaporkan.
FMU atau Pengurusan Hutan Berkekalan yang
diprogram oleh pemimpin terdahulu demi melestarikan hutan berkekalan telah
tidak dipatuhi malahan dibatalkan terutama kawasan gazet FMU yang banyak dirian
kayu diluluskan untuk pembalakan demi mengaut keuntungan pihak pihak yang
tertentu mengakibatkan
Hutan Sabah hampir pupus hanya tinggal 4% tersisa boleh menjalakan akitiviti pembalakan.
Hutan Sabah hampir pupus hanya tinggal 4% tersisa boleh menjalakan akitiviti pembalakan.
Ada orang mengatakan hutan kita telah
dipindahkan di Hong Kong,agak mengelirukan,rupanya semua transaksi harga balak
hampir tidak dikembalikan di Sabah tapi disimpan di beberapa bank akaun di Hong
Kong yang jumlah dianggarkan berbillion ringgit sehingga mampu menderma RM
40juta.Siapakah penderma itu?
Bab yang paling menyedihkan tanah tanah
rakyat dirampas rumah dan tanaman mereka dibakar kerana memberi laluan membuka
ladang kelapa sawit oleh syarikat milik kroni dan syarikat dari Malaya.
Rampasan tanah hampir berlaku setiap daerah
bermula,di pendalaman dan Beaufort keraskusan mereka padang bolapun disukat
untuk digerankan.
Syarikat syarikat besar yang memohon tanah
untuk mendapat kelulusan geran macam semudah goreng pisang tetapi kalau pemohon
tanah rakyat walaupun bebarapa ekar untuk tapak membangun rumah memakan masa
panjang untuk dapat kelulusan...
6.Kehormanian BN Sabah mulai terancam
memberi laluan pada Gerakan dan MCA untuk memastikan parti Cina di Sabah
menjadi lemah akhirnya SAPP keluar BN dan LDP semakin merosot dan Cina Sabah
cenderung mengundi pembangkang kerana peluang perniagaan kerana nepotisme dan
kronisme menutup peluang Cina dalam perniagaan.
Menjemput PBS kepangkuan BN telah memberi
ancaman kepada PBRS dan UPKO kerana peranan mereka mengecil dan perwakilan
dalam kabinet berkurangan ekoran dari itu ada beberapa parlimen dan Dun
diwakili KDMR kalah di tangan pembangkang.
Bukan sekadar itu KDMR adalah kumpulan
etnik yang terbesar berjaya dipecahkan menjadi unit politik kehilangan kuasa
majoriti.(PBS,UPKO,PBRS,STAR & PCS)
7.Bermulanya perpecahan dalam UMNO Sabah
pada PRU12, 2008 ada beberapa pemimpin kanan UMNO telah digugurkan dan tidak
disenaraikan menjadi calun kerana merupakan ancaman dan halangan politik Musa
hampir mengakibat berlaku musibah pada umno Sabah ramai penyokong parti itu
meninggalkan umno sebagai protes kerana pemimpin mereka digugurkan tanpa sebab
yang munasabah.
8.Pemimpin pemimpin digugurkan antara lain
Datuk Amirkhar Tun Mustapha,Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin
adalah pemimpin kanan BUMIS(USBO) yang dianggotai suku yang terbesar dibelakang
KDMR dan tokoh tokoh ini amat dihormati dan menjadi ikon politik oleh suku yang
bernaung dibawah pertubuhan ini.Mujurlah pemimpin ini berjiwa besar dan tidak
mementingkan diri sendiri tidak bertindak merugikan Barisan Nasional.
9.Dikhabarkan peranan Shafie Apdal telah
menyelamatkan keadaan pada waktu itu dapat menyakinkan ahli UMNO dan pemimpin
yang lain agar terus menyokong tanpa berbelah bagi sehinggalah Barisan Nasional
Sabah semakin kuat dan berjaya melepasi fasa kegentingan itu.
10.Shafie terus memainkan peranannya
menunaikan tanggungjawab kerana sayangnya pada agama,bangsa dan negara
mengeratkan perpaduan UMNO Sabah dengan rela hati melepaskan timbalan
perhubungan UMNO Sabah kepada DSSK dengan harapan menjadi platfom untuk
merintis kembali politiknya semakin malap dalam UMNO.
11.Ekoran ketabahannya DSSK menempatkan
diri dalam lingkaran system UMNO dengan usaha yang gigih itu telah berjaya
menjadi ketua Bahagian Kota Belud dan DUN Usukan dan terkini telah menjadi
pemimpin kanan di peringkat Persekutuan.
12.Mampukah Sabah kekal dengan jolokanya
Fix Deposit BN untuk menghadapi PRU14 berdasarkan perkembangan semasa yang mana
UMNO sarat dengan permasalahan dalaman dan isu isu 1MDB.
Selain itu sudah ada parti alternatif
bumiputra Islam Sabah dibawah teraju Shafie Apdal untuk pilihan keluar dari
kepompong Musa dan UMNO Sabah?
No comments:
Post a Comment