Friday June 17/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www: sabahinsider14.blogspot .com
www: sabahinsider14.blogspot .com
SANDAKAN:- Aduan demi aduan yang diajukan oleh
penduduk-penduduk Taman Hing Lee KM 7.6 Jalan Utara kepada pihak Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) berhubung dengan pokok-pokok kayu berdekatan dengan
kawasan perumahan taman itu yang boleh membayakan kepada penduduk sekiranya
pokok itu tumbang atau rebah langsung tidak perdulikan oleh pihak MPS.
Pejabat Ahli Parlimen Sandakan (DAP) yang banyak menerima
aduan mengenai perkara pokok berhampiran dengan kawasan perumahan itu atas
arahan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt beberapa Task Force DAP
Sandakan telah membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu berkenaan demi
menyalamatkan nyawa penduduk setempat jika berlakunya angin kencang pokok-pokok
yang dimaksudkan bila-bila masa saja boleh tumbang dan menghempap rumah-rumah
yang berdekatan.
“Kami sudah beberapa kali buat aduan dengan MPS mengenai
pokok-pokok kayu itu tetapi sehingga kehari ini tiada sebarang tindakan diambil
mujurlah MP Sandakan begitu prihatin dan menghantar beberapa orang Task Force
DAP untuk melakukan kerja-kerja penebangan pokok-pokok berkenaan” kata seorang
penduduk Taman Hing Lee yang enggan namanya disebut.
No comments:
Post a Comment