Sunday June 19/2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:-Untuk membaik pulih
keadaan Masjid Jambatan 9 Kampung Cahaya
Baru yang dalam keadaan usang sempena dibulan
Ramadan Al-Mubarak Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tuen Fatt menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Masjid
berkenaan sewaktu Ahli Parlimen itu
membuat lawatan kerjanya ke kampung tersebut
pagi tadi.
Sumbangan
tersebut yang disalurkan itu merupakan wang tunai untuk membeli perkakas-perkakas
dan keperluan untuk kerja-kerja membaik
pulih masjid tersebut.
“Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat saya
tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya
untuk membantu seberapa yang mampu kepada orang-orang yang memerlukan”.
Katanya.
Sementara Pengerusi Masjid Kampung Cahaya Baru dan bagi
pihak jawatankuasa masjid dan para penduduk berkenaan rasa bersyukur kehadrad Illahi dan
berterima kasih walaupun ahli parlimen pembangkang tetapi mempunyai keupayaan membantu dan
bertanggungjawab untuk menolong orang-orang yang dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment