BUAT KERJA AMAL DI BULAN RAMADAN SATU IBADAH DAPAT GANJARAN DAN PAHALA



Tuesday June 21/2016


DARI MEJA PENGERUSI AHLI LEMBAGA TSI
DATO SRI KEMELLIA HASSAN



 

SAYA  amat tertarik bila membaca tulisan Editor Kanan portal online The Sabah Insider.net iaitu Shaimon S Jumadi yang bertajuk “Golongan OKU Tidak Terpinggir Dapat Bantuan Dibulan Ramadan Dari MP Sandakan” yang tersiar pada 21-06-2016 diportal Sabah Insider.


Saya memang tidak  dapat menafikan dibulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat ini bukan saja para pemimpin yang beragama Islam yang sedang menjalani kerja-kerja amal di bulan yang mulia untuk mencari keredahan Allah untuk menambah ganjaran pahala yang berlipat ganda sambil menjalani ibada puasa sebulan.


Namum pemimpin politik yang bukan seagama dengan kita  pun turut berbakti untuk membuat kerja-kerja amal dimusim-musim bulan Ramadan ini.

Saya bagi contoh yang terdekat YB Stephen Wong Tien Fatt  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) walaupun beliau (Wong) bukan seorang Islam tetapi sebagai pemimpin yang diberi mandate oleh pengundi-pengundi daripada golongan pelbagai masyarakat dengan menjadi wakil rakyat untuk mewakili semua masyarakat majmuk di kawasan Sandakan dia (Wong) tidak putus-putus membantu kepada golongan orang-orang yang kurang berada atau erti kata lain yang terdiri dan tergolong daripada miskin tegar.


Saya sebagai aktivis Sosial memang sentiasa mengikuti pergerakan dan perjalanan dari masa kesemasa Ahli Parlimen Sandakan.

Apa yang kita lihat setiap kali muncul bulan Ramadan Wong memang sangat sibuk berjumpa dengan para pengundi-pengundi sambil menghulurkan wang sumbangan untuk majlis-majlis berbuka puasa bersama-sama masyarakat islam setempat di beberapa buah kampung.


Selain itu wong juga menghadiahkan sebungkus kurma kepada umat Islam dan juga turut menghulurkan sedikit bantuan wang  raya kepada Ibu-Ibu Tunggal-Anak-Anak Yatim Warga Emas dan Orang Kelianan Upaya (OKU) untuk keperluan di hari raya nanti.


Bagi pandangan saya secara pribadi kalau DAP dikatakan anti Islam anti Melayu  kepada para pemimpinnya sama ada di Semenanjung atau di Sabah khususnya di Sandakan mereka sibuk untuk mengatur segala keperluan untuk sambutan hari raya ini terutama sekali membantu golongan miskin dalam apa saja bentuk bantuan di salurkan.

No comments:

Post a Comment