UMNO SEMPORNA JADI PECAH BELAH GARA-GARA GANTUNG SHAFIE ABDAL 6,000 KELUAR UMNO

Wednesday June 29/2016


DARI SUDUT MEJA PENGERUSI AHLI LEMBAGA
(PORTAL THE SABAH INSDER NET)
DATU SERI PADUKA KEMELLIA HASSAN
www:sabahinsider14.blogspot.com



SAYA tertarik  membaca sebuah artikel Kupasan Deri Meja Editor (TSI) yang bertajuk “UMNO Lumpuh 6,000 Babitkan 300 Ketua Cawangan Keluar Meninggalkan UMNO Semporna” yang tersiar di Portal The Sabah Insider.Net pada tanggal 28-06-2016.


Pada pandangan dan pendapat peribadi saya amat setuju tindakan drastic Datuk Jaujan Sambakong ADUN Sulabayan, Datuk Jasa Raudah Pengerusi Tetap UMNO Semporna, Ketua Pemuda Bahgian Semporna Datuk Aziz Zaman Ketua Wanita Bahagian UMNO Semporna dan Ketua Puteri Bahagian Semporna serta 300  Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNO seramai 6,000 turut keluar dari UNO satu tindakan yang tepat dan mendapat sokongan moral.


Ini berikutan jawatan Naib Presiden yang disandang oleh Datuk Seri Mohd Shafie Hj Abdal serta keahliannya dalam telah digantung oleh Presiden UMNO  Dato Najib atas sokongan Ahli-Ahli Masjil Tertinggi UMNO (AMT)

6,000 ahli UMNO yang memprotes tindakan AMT menggantung kedudukan DS Shafie dalam UMNO yang sekian lama berjuang bermati-matian untuk menegakan UMNO gara-gara Shafie turut mengkritik  Najib tentang 1MDB dan RM2.6 billion akhirnya jadi mangsa pembuangan dari UMNO.
 

Najib dan AMT UMNO memang cukup bijak menyingkir Mukhris-Muhyiddin dan Shafie juga bakal jadi mangsa pembuangan yang sekarang apa sudah jadi dengan kedudukan UMNO Semporna.

AMT tidak berfikir panjang sebelum memecat  Mukhris-Muhyiddin dan menggantung  Shafie dari UMNO risikonya amat tinggi sekarang UMNO telah menerima  padahnya 6,000 UMNO sudah hilang keahlian yang begitu ramai.

Datuk Nasir Tun Sakaran ADUN Senalang dan ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dijangka dalam beberapa hari lagi akan ikut jejak Jaujan keluar dari UMNO.

Sekarang  kedudukan UMNO Semporna jadi lumpuh siapa lagi yang diharap semua orang kuat UMNO yang berpengaruh besar sudah keluar meninggalkan UMNO.

Saya cadangkan jangan tubuh parti baru  buka rantingan Parti KeAdilan Rakat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) kukuhkan mantabkan perjuangan Amanah atau PKR di  kawasan Senporna hingga ke Lahad  Datu Kunak Silabukan, Tungku dan Tambisan.

Partinya semua kerusi di kawasan yang saya sebutkan itu nanti bila Pru14  pasti jadi milik pembangkang sama ada PKR atau Amanah Insya Allah jika diusahakan dan ditakdirkan.
 

Sebentar tadi ADUN Bogaya Datuk Ramlie Marhaban dabn Ketua Puteri Bahagian UMNO Semporna dalam wawancra di TV3  mereka  menafikan bahawa  mereka tidak terlibat langsung dalam komplot Shafie keluar dari UMNO Semporna.

Apapun kita lihat sejauh mana kebenaran penafian itu  kita sama-sama tunggu reaksi seterusnya.


No comments:

Post a Comment