KERAJAAN MALAYSIA BERHATI-HATI KENA TELITI DAHULU LATAR BELAKANG WARGA ASING SEBELUM BAGI MYKAD .....KEMELLIA


Frtiday June 24/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KELONGGARAN pihak kerajaan Malaysia memberikan status terhadap warga asing  atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tinggal dan menetap di Negara ini tidak sampai tiga tahun  mereka menjadi warga Malaysia  secara mendadak mendatangkan pelbagai risiko dan implikasinya terhadap warga tempatan.

Kebanyakkan PATI atau  warga asing mereka dengan mudah memperoleh kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftarab Negara (JPN) tanpa proses yang penuh teliti terhadap diri dan latar belakang mereka terlebih dahulu.

Main hentam keromoh saja warga asing atau PATI sama ada datangnya dari Indonesia,Filipin, Bangladesh dan Pakistan dengan mudah menjadi status warga Negara Malaysia benar-benar telah menggugat keistimewaan kaum bumiputera dan juga warganegara  Malaysia yang lainnya.


Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang juga selaku Pengerusi Ahli Lembaga portal online The Sabah Insider.net iaitu Dato Seri Paduka  Kemellia Hassan (gambar) ketika diminta mengulas artikel yang bertajuk “Warga Asing Tinggal Di Malaysia Mudah Dapat Mykad Daripada  Orang-Orang Tempatan” yang tersiar di portal Sabah Insider.net pada tanggal 23-06-2016.

Kata Kemellia lagi tidak salah kalau rakyat asing yang tinggal di Negara ini mendapat status kerakyatan   sebagai Warganegara Malaysia akan tetapi mereka mesti tinggal sekurang-kurang selama 20 tahun keatas baru layak menjadi seorang yang bertaraf warganegara Malaysia.

“Untuk mendapatkan status sebagai rakyat atau warganegara Malaysia mesti memohon melalui system perundagan yang betul bukan main hentam keromoh seperti apa yang telah berlaku sekarang mereka (warga asing dengan mudah mendapat mykad  yang sama taraf dengan orang warganegara Malaysia tulen”

 
Bila warga asing tadi sudah mendapat mykad dari JPN mereka sudah sah jadi warganegara sama taraf warganegara tempatan boleh dan  berhak memohon segala  kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan seperti pinjaman-pinjaman TEKUN=MARAH dan bank-bank berkenaan.

Bukan saja layak jadi meminjam bahkan mereka layak memohon lesen-lesen kontraktor, permit Bas permit teksi di sampibng mereka juga kayak memohon lesen-lesen perniagaan (Trading License) bila mereka sudah memiliki ini semua maka menggugat kedudukan bumiputera dan warga Malaysia yang lain.



No comments:

Post a Comment