PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH PAS DAN UMNO KOMPLOT.... DAKWA DAP


Thursday June 02/2016

OLEH: KREW DAP
www.sabahimsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah  Stephen Wong Tien Fatt menegaskan bahawa DAP mengkritik UMNO dan PAS kerana bekerjasama memberi keutamaan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah dapat dibahaskan di Parlimen.

Perbuatan ini bukan sahaja telah melanggar Perlembagaan Persekutuan, ia juga adalah bertentangan dengan Perjanjian 1963 yang sedia ada ketika Sabah dan Sarawak serta Semenanjung menubuhkan  Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata bahawa Menteri UMNO mempunyai motif tersembunyi kerana meluluskan pembahasan usul tersebut di Parlimen.

Kerjasama antara UMNO dan PAS tidak diketahui oleh parti-parti lain di BN, hal ini menunjukkan bahawa PAS telah menjadi sekutu dengan UMNO.

Beliau menerangkan bahawa biasanya cadangan rang undang-undang persendirian tidak akan diluluskan untuk perbahasan, kerana berdasarkan Peraturan Mesyuarat, hal ehwal kerajaan adalah dipentingkan dahulu. Ini menunjukkan bahawa jika bukan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri UMNO Azalina, maka rang undang-undang tersebut tidak akan diberi keutamaan dan peluang untuk pembahasan.

Wong juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan amat tidak berpuas hati, kerana usul persendirian beliau, iaitu usul mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dengan Semenanjung dalam persekutuan Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan telah ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi kini Kerajaan memberi keutamaan kepada bill PAS untuk dibahaskan. Ini memang perbuatan yang dwistandard.

Pindaan yang dicadangkan oleh Wong adalah berkaitan dengan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, iaitu mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dengan Semenanjung dan bukan sebagai salah satu negeri antara 13 negeri di Malaysia.

 Namun begitu, usul tersebut telah ditolak dan tidak berpeluang untuk dimasukkan kepada jadual prosiding, ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN memang sengaja mengabaikan hak-hak Sabah dan Sarawak.

Yang ironinya, kini meluluskan Syariah bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, ia juga langsung tidak menghormati Sabah dan Sarawak kerana bertentangan dengan Perjanjian 1963. Oleh itu, jika UMNO dan PAS masih menegaskan keputusan mereka, maka Sabah dan Sarawak berhak untuk berunding semula mengenai status Sabah dan Sarawak di Persekutuan Malaysia, kerana ini bukan apa yang pengasas negara kita mahu, Sabah dan Sarawak tidak akan bersetuju dengan kelulusan Syariah.

Wong berkata bahawa DAP mempertahankan prinsip-prinsipnya dan Perlembagaan dan memutuskan bahawa tidak akan bersetuju dengan apa-apa rang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, parti-parti komponen BN yang tidak bersetuju dengan pembahasan usul rang undang-undang Mahkamah Syariah haruslah mempunyai pendirian yang keras supaya usul tersebut dibatalkan.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif



No comments:

Post a Comment