Friday June 10/2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
BERBUKA PUASA....Wong bersama-sama Umat Islam berbuka puasa di Kampung Sim-Sim
TANJUNG PAPAT: Sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang telah diberi mandat oleh pengundi yang
berbilang kaum khususnya di parlimen Sandakan pada PRU 13 lalu Stephen Wong
Tien Fatt tidak lupa atas jasa-jasa para
pengundi beliau Wong terus mendekati rakyat tidak kira warna kulit atau pegangan anutan agama.
Empat tahun berturut-turut setiap menjelangnya di bulan Ramadan
Al-Mubarak Wong sentiasa menghadri majlis-majlis berbuka puasa bersama-sama
masyarakat Islam setempat tidak kira di
mana saja tempat diadakan.
Ini jelas walaupun Ahli Parlimen dari pihak pembangkang akan tetapi
peranan serupa juga dengan ADUN-ADUN dan
MP kerajaan BN beliau sentiasa mengunjungi majlis-majlis berbupa puasa sambil
itu membahagi-bahagikan buah kurmah kepada masyarakat Islam.
Kelmarin Wong telah menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Anjas
Asmasi di Jambatan 18 Kampung Sim-Sim bersama rombongan beliau iaitu
Frankie Poon DAP Tanjung Papat dan George Hiew DAP Elopura.
Dalam ucapan ringkasnya Wong menjelaskan kepada masyarakat Islam antara
yang diperkatakan DAP sebenar adalah parti berbilang kaum dan perjuangan DAP
adalah untuk membela nasib rakyat yang tertindas dan terpenggir.
Dakwaan ssetangah orang DAP kononnya adalah anti Islam anti orang Melayu
itulah adalah tidak benar iaitu merupakan fitnah dan propaganda untuk
memisungkan fikiran orang-orang Ialam terhadap perjuangan DAP yang sebanarnya.
Katanya atas kesedaran masyarakat Islam terhadap perjuangan DAP kini
bukan saja di daerah Sandakan di seluruh Negara ramainya sudah orang-orang
Melayu menjadi ahli DAP
No comments:
Post a Comment