OLEH: SHAIMON S JUMADI
TUGAS UTAMA.....Penanggalan suka mencari wanita hendak bersalin
BERBICARA tentang kewujudan Bal-balan (balan-balan) dengan Penanggalan
terdapat sedikit perbezaan bal-balan kalau terbang dia menggunakan seluruh
anggota badannya sementara Penanggalan kalau terbang ianya kepalanya tercabut
(copot) daripada badannya dengan
anak-anak perutnya sekali.
Saya ingin menarik perhatian di Sandakan dulu dan sekarang
masih ramai orang jadi bal-balan atau penanggalan di Sungei Batang pada tahun 1950an hinggg 1960 an kampung
Pangpang yang terletak di Batu 10 Jalan Sungei Batang sebelum dikenali kampung Pangpang nama asalnya
ialah kampung bal-balan.
BEGINI WAJAH.....Penanggalan
Mungkin ramai yang sudah mati mungkin tiada yang mahu mewarisi ilmu bal-balan itu kini kampung
Pangpang tidak lagi kedengaran wujudnya bal-balan atau penanggalan.
Untuk makluman anda sekelian Kampung Sungai Korek
bersebelahan dengan Batu Putih di
dikabarkan bal-balan atau penanggalan dikedua-dua kampung tersebut
semakin banyak kewujudan makluk itu.
Penanggalan ataupun bal-balan itu suka mengganggu manusia
sesiapa yang pernah pergi ke Batu Putih disebelah malam harus berhati-hati
jangan cakap sembarangan sebut nama bal-balan dia akan menyerang.
Lazimnya makluk ini suka menyamar kalau didepan rumah
tiba-tiba ada daun pisang ambil parang
tetak sekali sahaja jangan tetak dua kali kalau menetak dua kali maka jadilah.
Kadangkalanya dia menyamar sebagai bidan mengintai orang
bersalin (beranak) menyamar jadi kucing atau anjing, tugas bal-balan atau
penanggalan ia suka pada mayat orang mati, makan tembuni orang baru bersalin.
BALAN-BALAN...Wajah Sebenarnya
BEGINILAH RUMAH .....orang yang mempunyai ilmu balan-balan atau prnanggal tingkap dipujuru rumah sentiasa terbuka
Biasanya penanggalan atau bal-balan kalau mahu keluar rumah
sekurang-kurangnya jam 10.00 malam dan balik kerumah sebelum azan subuh.
Kita pastikan kalau seseorang itu ada ilmu penanggalan atau
bal-balan lihat sahaja bentuk rumahnya dipenjuru atas rumahnya ada tingkap sentiasa
terbuka untuk memudahkan dia keluar melalui lubang tingkap itu.
Cerita bal-balan atau penanggalan bukanya direka-reka cerita
makluk ini memang kini masih wujud di Kg Batu Putih Sandakan, sebut saja bal-balan semua orang
naik bulu romahnya.
Kita sambung cerita balan-balan atau penanggalan nanti.
No comments:
Post a Comment