Friday July 01/2016
BY ADMIN
www:sabahinsider14.blogspot.com
KINABATANGAN-: Lebih seratus Ketua Cawangan UMNO bahagian Kinabatangan
didakwa meletak jawatan dan keluar parti di Sandakan.
Wakil Ketua Cawangan UMNO Kinabatangan, Mahmod Hasan berkata mereka mengambil
tindakan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi
yang menggantung keahlian dan jawatan Datuk Seri Shafie Apdal.
Mahmod mendakwa akan lebih ramai ketua cawangan dan ahli keluar UMNO dalam
tempoh terdekat.
"Kami daripada ahli-ahli UMNO P187 Kinabatangan meletakkan jawatan
daripada ahli UMNO Kinabatangan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ahli
MT yang telah menggantungkan keahlian Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua
Bahagian dan Naib Presiden UMNO," kata Mahmod
Katanya, kepimpinan Shafie Apdal adalah berjiwa rakyat dan memahami keperluan
rakyat.
Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Bung Mohktar Radin berkata
tindakan ahli UMNO keluar parti tidak menjejaskan kekuatan UMNO Sabah secara
keseluruhannya.
Beliau pada masa sama menafikan lebih seratus Ketua Cawangan yang keluar parti.
"Sebenarnya yang keluar parti itu Ketua Cawangan dan mungkin cuma satu
orang atau pun saya tengok macam semua ahli dalam satu cawangan dan selebihnya
staf yang bekerja dengan ADUN Sukau.
Tindakan yang diambil segelintir ahli UMNO itu tidak akan melemahkan parti.
Sebaliknya menurut beliau pemimpin UMNO Sabah mempunyai hubungan yang kuat
dengan ahli di peringkat akar umbi.
“Mahmod ini dia memang suka masuk parti keluar parti, demikian juga yang lain-lain.
Saya kenal pasti satu-satu sebetulnya dan mereka tidak ada pengaruh diperingkat
akar umbi,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli UMNO untuk akur dengan sebarang keputusan bagi
memastikan kelangsungan parti dan tidak menyuarakan ketidakpuasan hati di
khalayak umum.
Apapun tindakan ahli-ahli Kinabatangan keluar UMNO satu tindakan yang
bijak sana ini akan disusuli oleh Ketua-Ketua cawangan UMNO Lahad
Datu-Silabukan-Tungku, Kudat dan Kota Merudu kerana mereka marah betul dengan Najib dan ahli-ahli
majlis tetinggi UMNO yang menggantung keahlian Shafie Apdal dan akan memecatnya
selepas hari raya.
Sekarang kata sumber itu lagi UMNO akan banyak kehilangan ahli-ahli
sedikit demi sedikit mereka
beransur-ansur keluar meninggalkan UMNO.
Perjuangan UMNO di bawah pimpinan Najib memang sudah tidak lagi
relevant ahli-ahlinya diperingkat AMT 80
peratus banyak terlibat pelbagai skendal dan salah guna kuasa.
No comments:
Post a Comment