PEMBETULAN 350 KELUAR UMNO SEMPORNA DAN BUKANNYA 300 DARI 481 CAWANGAN KINI TINGGAL 131 MASIH AKTIF


Thursday June 30/2016

OLEH: ABDUL KADIR JUSLAN (SEMPORNA)
www:sabahinsider14.blogspot.com

 

SEMPORNA: Pembetulan laporan terbaru diterima sebenarnya jumlah cawangan UMNO Bahagian Semporna yang turut mengisytiharkan keluar dari UMNO jumlah sebenar 350 ketua-ketua  cawangan bukannya 300 ralat.

Cawangan UMNO sebenar di Semprona ialah 481 buah cawangan keluar 350 tinggal hanya 131 cawangan yang masih aktif ini adalah pengikut setia Ramlee Marahaban ADUN Bogaya.
 
Ramlee Marahaban dan Ketua Puteri Bahagian UMNO Semporna yang membuat kenytaan di TV3 malam tadi   adalah satu  pembohongan besar  dan coba menafikan fakta yang sebenar.

Kita di fahamkan Ramlee Marahaban adalah bertugas di Jabatan Ketua Menteri tentunya dia menafikan sebab takut kehilangan  jawatannya kalau dia komplot hendak keluar UMNO.

Begitu juga dengan kedudukan Ketua Puteri UMNO Bahagian Semporna Zakiah yang coba mempertahankan  dirinya coba menafikan bahawa dia (Zakiah) tidak keluar UMNO sebab dia bercita-cita mahu jadi calon UMNO pada PRU14 nanti.

Apapun penafian yang dibuat oleh  kedua-dua pemimpin itu Ramlee dan Zakiah orang-orang orang  Semporna sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap diri mereka berdua.

UMNO Semporna memang sudah dibubar hanya tingga 131 cawangan apa yang meraka boleh lakukan semua pengikut-pengikut DS Shafie Apdal yang merupakan orang-orang kuat kini mereka telah meninggalkan UMNO kerana memprotes dan tidak setuju penggantungan  DS Shafie sebagai ahli UMNO yang banyak menabur jasa dengan UMNO berpuluh-puluh tahun tetapi jasanya tidak dihargai sama sekali.

Kenapa DS Shafie dipecat dari jawatan Menteri Pembanguan Luar Bandar dan Wilayah sebab gara-gara Shafie mengkritik Najib (PM) mengenai menyalahguna wang 1MDB dan RM2.6 Billion terus jadi mangsa pembuang jawatan antara yang turut terlibat pembuangan jawatan  Muhkriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Muhyiddin Yassin.


Sekarang UMNO di Semporna hanya tinggal nyawa-nyawa ikan para para pemimpin yang berkaliber semua sudah keluar dari UMNO hanya tinggal pemimpin-pemimpin yang digelar Sontoloyo sahaja untuk meneruskan perjuangan UMNO di Semporna.

Diharap Datuk Jaujan Sambakong dan Jasa Raudah termasuk DS Shafie jangan tubuh parti baru sebaliknya membuka ranting PKR atau AMANAH kasin teguh dan mentabkan  perjuangan kedua-dua parti itu kalau tubuh parti baru belum tentu dapat sokongan PKR dan AMANAH memang sudah ramaim yang menyokong parti berkenaan.






No comments:

Post a Comment