Wednesday June 29/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www: sabahinsider14.blogspot.com
TERINGAT katanya
Mahathir bahawa orang bijak tidak berada dalam UMNO sebalik ramai sertai parti
bukan UMNO/bukan BN dan kesannya teringat cerita Hang Nadim di Temasik yang
bijak kasus Singapura dilanggar todak dibunuh oleh Raja.
Makanya
yang tinggal dalam UMNO itu terdiri mereka yang tidak bijak dan kerana itu kita
selalu saja membaca kenyataan menteri-menteri UMNO yang sama sekali tidak masuk
akal meski bukanlah gila atau yang sama dengan kata itu.
Makanya juga sesiapa
saja yang sedikit bijak dalam UMNO dan menyuarakan sesuatu yang benar dianggap
sebagai sampah yang tidak berguna dan menteri-menteri yang kurang bijak itu
duduki jk kuasa siap angguk-angguk dan siap akur apa saja perintah sang ketua
yang banyak sangat melakukan tindakan yang jelas salah.
Sudahnya
yang terjadi terhadap 3 orang berwatak Hang Nadim dibunuh keduanya dan satu
pula digantung yang maksudnya tidak ada kuasa dan diperintah diam secara tidak
langsung. Apakah yang digantung itu akan diam?
Sebuah
parti yang benar-benar perjuangkan hak rakyat tentu kepimpinannya siap menerima
teguran orang bawah, sebalik jika yang bersuara diambil tindakan pecat atau
gantung, maka itu jelas bukan lagi sebuah parti menjunjung demokrasi sebalik
itu bakal menjahanamkan bukan saja parti malah negara bangsa.
Kesannya
apa yang terjadi?
Di
pantai Timur yang namanya SEMPORNA tidak lagi sempurna dan pantai laut dan
daratan sedang berkocak dan gelora ada di mana-mana dan ini cukup bahaya buat
sebuah perahu/kapal yang besar kala tengah robek di mana-mana menunggu karam
tergantung sama nasib dan doa.
Kita
akan melihat Tsunami menggoncang bumi semporna serta gadis tidur di depan
pantai Semporna akan tenggelam dan itu akan merebak ke kawasan2 lain pantai
timur lain seperti di Sandakan dan lain yang didiami oleh suku kamu Bajau dan
kalau ini bergabung dengan PH maka titik bahaya itu akan melebar dan
memusnahkan kapal yang memang sudah kehilangan arah sekarang ini.
Kedengaran
begitu jelas faktanya dari sejumlah 481 cawangan yang ada sekitar 350 cawangan
dan ketua cawangan telah bubar dan meninggalkan UMNO dan yang sisa hanyalah 131
cawangan dan itupun sedang memikir akan sama bergerak serentak seirama dan
jangan dikira ini enteng bakal menjahanamkan sang koruptor yang ada di depan
mata rakyat.
UMNO
bukan lagi parti yang memperjuangkan rakyat, sebalik hanya berslogan
pertahankan pemimpin yang sudah terang bersuluh melakukan pengkhianatan kepada
negara bangsa sendiri.
Kata-kata
rakyat didahulukan hanyalah RETORIKA yang kosong dan retorika itulah juga menjadi
ikutan kalangan menteri-menteri kabinet yang berwatakkan badut dan melembu yang
tinggal di kondo mewah berharga 250 juta.
No comments:
Post a Comment