Saturday June 18/2016
GAMBAR KELIHATAN……Zakaria (kanan) serta Juslie kelihatan sedang
menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kampung Sungai Tiram kelmarin
OLEH: KURAP A/L PANAU
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM:- : Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam
berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan
masa dengan keluarga serta sahabat.
Dengan berpuasa diharapkan umat Islam akan dapat
mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan
hidup sebahagian manusia dari golongan yang kurang bernasib baik.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum
Datuk Zakaria Haji Mohd Edris semasa menyempurnakan program Sumbangan Ramadhan
di Kampung Sungai Tiram kelmarin.
Seramai 119 penduduk kampung telah menerima sumbangan
daripada Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Negeri Sabah , dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol pada
majlis berkenaan.
Turut hadir pada program Sumbangan Ramadhan kedua-dua pemimpin
tersebut adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said
, pemimpin masyarakat setempat serta pegawai-pegawai dari Pejabat Unit PPM Gum
Gum dan pejabat Parlimen Libaran.
No comments:
Post a Comment