MURUT BAKAL KEHILANGAN
( heboh diperkatakan)
( heboh diperkatakan)
Friday June 10/2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www. Sabahinsider14.blogspot.com
TENOM memang dimenangi oleh BN atas nama UMNO dan
heronya YB Rubin Balang.
Murut
bukan Melayu dari segi perlembagaan ikut perkara 160 definasi melayu mesti
islam amal adat melayu.
Murut kawasan kemabong memang sokong UMNO tetapi seperti
saya katakan mereka akan menyesal kemudian.
Jelas bawah BN kalangan Murut jauh terpinggir dan bila
saya nyatakan hakikat malah saya dikata KARABAU.
Pernah suatu waktu ada insan bernama LUKAS menentang
kerajaan dan ia dibenci pulaukan dan nama itu tidak lagi kedengaran yang
mungkin menghilang kesan dikutuk oleh kalangan Murut yang menyokong UMNO.
Berita baru saya dengar sebuk bincang di grup Whatsapp
konon lokasi air terjun bertingkat tujuh dua jam perjalanan menuju ke lokasi
bakal dimiliki orang lain dan ini heboh diperkatakan.
Mereka konon mahu memiliki atas nama pembangunan
pelancongan dan tidak lama lagi tanah reserve kerajaan atau yang sekian lama
dikerjakan oleh Murut bakal milik orang lain dan mereka diarah pindah seperti
kesnya di Nabawan dan Kinabungan Pitas.
Rasanya kaum Murut yang selama ini menyokong Umno terlalu
baik hati dan rela melepaskan sesuatu yang ada dalam genggaman dan tidak hairan
bangsa Murut bakal kehilangan dan Tenom bakal didiami oleh bangsa lain.
Jika perkara yang sekarang dihebohkan terjadi maka ini
satu petaka yang cukup memalukan Murut dan sekaligus Murut bakal jadi pelarian.
Kita hanya suarakan sesuatu yang menjadi kemungkinan dan
kalaupun saya disamakan dengan insan bernama Lukas maka itu tidak mengapa sebab
suatu waktu Murut akan tahu apa yang diperkatakan oleh Lukas itu benar dan
sejarah akan membuktikan.
Sekarang sedikit demi sedikit Murut mula merasa
kehilangan dan Antanom tentu cukup berdukacita kesan cucucicitnya terpinggir
malah bakal dihalau dari bumi tempat mereka lahir membesar dan mati.
Melalui perbincangan di grup Whatsapp ada yang berkata
yang mereka tidak akan mengundi BN tapi akan memberi sokongan kepada calon PKR.
Ini kalilah Murut bakal rasa langit tinggi rendah.
No comments:
Post a Comment