Sunday June 26/2016
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
SAYA kenal DS Shafie Apdal, kami sering berhubung, malah kawan baik,
cuma bila beliau duduki kerusi menteri saya usaha menjauh khuatiri dikatakan mengampu
bodek minta projek untuk jadi kaya.
Ampu bodek bukan sikap saya dan saya akan
kritik seseorang itu meski kawan jika terdapat kelemahan dan tidak benar dalam
kepimpinannya.
Sejak dulu saya perhatikan kepimpinan DS
Shafie dan secara diam banyak saya pertahankan kesan kritikan orang lain
terhadap beliau dan saya bercakap yang benar apa yang saya perhatikan dan
selainnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Seorang pemimpin yang berani kritik Najib
biasa pemimpin yang tidak ada kesalahan besar untuk diheret ke pengadilan dan
kerana itu dulu DSP Lajim berani meninggalkan UMNO dan kritik kerajaan dan
kalau mereka ada TONG TAHI maka siap penjara untuk mereka.
Demikian juga DS Shafie, kesan mereka
bersihlah mereka berani bercakap yang benar apa saja tingkah laku atasan tetapi
UMNO ini jenis siapa melawan tetap kena pecat makna tiada kebebasan dalam UMNO
kalau bercakap benar.
Sebalik dalam UMNO jika bercakap bohong dan
usaha lindungi lembu berjuta/penjenayah sebenarnya tetap disanjung dan dijulang
untuk terus duduki kerusi menteri atau mendapat untung besar dapat projek mega
dan inilah budaya UMNO yang menyebabkan negara berhutang dan rakyat dibebani
membayar hutang itu demi tutup lobang yang mereka korek sendiri.
Kenapa UMNO tidak pecat DS Shafie sebalik
mereka pecat Mukriz dan Muhyiddin? Apa bezanya kenyataan2 DS Shafiee dengan
kenyataan kedua pemimpin di Malaya itu?
Jika kita nilai apa yang saya nyatakan jelas
ada ketidakadilan sistem yang diamal oleh UMNO sendiri dan yang jelas mereka
takut sangat memecat DS Shafie sebab DS Shafie merupakan kepimpinan yang
berwibawa dan tahu banyak sangat kelemahan Najib terutama soal 1MDB yang
memudaratkan Malaysia.
Najib memang pernah memujuk DS Shafie melalui
orang ketiga untuk jangan meninggalkan UMNO sebab jika DS Shafie di luar UMNO
maka akan banyak lagi TONG TAHI dikeluarkan dan kerana itu mereka hanya
menggantung dan tidak memecat DS
Shafie. Datuk Safie jenis tegas dan tidak
mudah dipengaruhi oleh sesiapa meski ada rombongan memujuknya berulang kali.
Nasi sudah jadi bubur!
Jangan lupa di Sabah DS Shafie bersahabat
dengan pemimpin2 pembangkang seperti DS Lajim dan lain-lain pemimpin dalam BN dan jangan hairan suatu
waktu kesan usaha membuang DS Shafie ada parti-parti dalam BN akan meninggalkan BN dan bergabung dalam
PH untuk melawan BN dan ini sudah pasti akan melingkupkan UMNO/BN di Sabah yang
selama ini menjadi wang taruhan BN.
DS Shafie disukai oleh kaum Kadazan/DUSUN
termasuk orang Melayu di pantai barat dan kawasan pantai timur memang di bawah
jagaannya dan banding Datuk Musa jelas wibawa DS Shafie lagi di atas kesan DS
Shafie tiada tong tahi banding yang lain. Kalau adapun tong tahi itu hanya
kenyataan-kenyataan mereka yang liar
sengaja mahu memburukkan kepimpinan beliau.
Apa yang dilakukan oleh UMNO atas nasihat
pemimpin yang membontoti Najib di Sabah ialah dengan cara hanya menggantung
keahlian DS Shafie lebih kurang sama macam datuk Jumat Idris yang berbicara
benar menyentuh kegiatan Datuk Musa Aman.
Menggantung DS Shafie termasuk Datuk Jumat
jelas nampak sangat kebaculan kepimpinan atasan dan cara itu tidak adil buat
Sabahan sebab tindakan dan cara Mukriz dan Muhyiddin bertindak tidak jauh beda
membicarakan yang benar sesudah lali diperkatakan di kabinet.
Sabahan tidak boleh lagi mengharapkan menteri2
dalam kabinet yang mewakili Sabah sebab kenyataan-kenyataan mereka jelas tidak lojik dan tidak masuk akal
dan mereka ini rata-rata usaha
memburukkan kepimpinan pulau pinang sedang daerah dan negeri sendiri seperti
hidup di zaman batu dan contohnya lihat sahaja keadaan Kota Belud yang diwakili
oleh 3 pemimpin yang hebat di peringkat nasional.
Bagaimana mereka yang dimaksud menjaga kawasan
lain di Sabah sedang Kota Belud sendiri cukup menyedihkan keperluan asas
seperti air hingga sekarang terus bermasalah dan kesannya terjadi demo yang
langsung tidak kita sangka. Apa saja kemajuann di KB yang membanggakan? sedang
pekan sama seperti kepimpinan Tan Sri/Tun Said Keruak.
Ketiadaan DS Shafie dalam kabinet dan semacam
disingkir secara sinis meski hanya penggantungan makna itu cukup memalukan
rakyat Sabah dan kuala lumpur hanya mahukan pemimpin yang menjadi badut alias
pak turut agar mudah mereka di Malaya bodohkan rakyat Sabah yang sekarang
mendapat title TERMISKIN dan PENDIDIKAN ASAS TERSOROT.
Kecualilah rakyat Sabah mahu terus TERMISKIN
dan dipandang rendah oleh Malaya sedang Malaya itu membangun kesan sumber alam
yang Allah anugerah buat Sabahan dan di bawah UMNO sabah cukup perit menderita
tersihir dan akhirnya ramai kehilangan akal dan angguk-angguk macam "uluntakyung"
yang basah terkena hujan.
Apa lagi PRU14 segalanya kuasa di tangan
rakyat Sabah sendiri. Ada dua pilihan saya sama ada mahu terus menderita perit
payah atau sedikit membaik. Jika mahu terus seperti sekarang atau GST meningkat
ke 10% maka undilah BN.
Selamat maju jaya
No comments:
Post a Comment