Sunday
June 26/2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Jelajah Ramadan Al-Mubarak
terus dijalankan dari kampung-kekampung untuk menemui rakyat setempat sambil
menghadiri jamuan Berbuka Puasa bersama-sama Umat Islam.
Kelmarin petang jamuan berbuka puasa telah diadakan
dirumah Puan Asmah Kampung Karamunting Lama.
ANAK-ANAK YATIM.....Menerima wang raya yang sama dari MP Sandakan
Turut hadir sama ialah Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong Tien Fatt bersama-sama rombongannya yang terdiri dari ahli-ahli
DAP Sandakan.
Sejurus lepas majlis berbuka puasa Wong memberikan wang
raya kepada anak-anak yatim dan warga emas dan juga ibu-ibu tunggal untuk keperluan di hari lebaran nanti.
JAMU SELERA JUADAH.....Wong bersama-sama Umat Islam Kg Karamunting berbuka puasa
Dalam Ucapan ringkas Wong menjelaskan tujuan menghadiri
majlis berbuka puasa di bulan Ramadan
bersaama-sama Umat Islam setempat adalah untuk merapatkan lagi antara hubungan mesra pemimpin dengan rakyat supaya
rakyat senang berinteraksi dengan wakil rakyat yang mempunyai sebarang masalah.
Katanya Majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Parlimen
Sandakan memang setiap tahun di musim-musim bulan Ramadan diadakan dari kampung ke kampung.
“Saya berpesan kaum Muslimin yang bakal menyambut hari
raya terutama sekali suri-suri rumah
kalau berbelanja biarlah berjimat cermat dan berhemah kerana musim perayaan sebigini
semua harga barangan keperluan hari raya
telah melambung tinggi belilah barang-barang yang perlu sahaja dan sambut hari
raya secara sedarhana meningkut kemampuan masing-masing” katanya lagi.
WONG berucap dimajlis tersebur
No comments:
Post a Comment