KES CULIK DI SABAH MACAM SATU PERDAGANGAN BARTER TRADE…….KEMELLIA

Monday June 27/2016



DARI SUDUT MEJA  EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com



GEJALA penculikan di negeri Sabah  semakin menjadi-jadi dan telah membimbangkan rakyat tempatan  juga para pelancong asing yang kerap datang ke Sabah.

Walaupun  di perairan persempadanan antara Filipin dengan Sabah dikatakan cukup ketat di kawalan rapi oleh pasukan keselamatan khususnya ESSCOM yang membabitkan  Marin Polis-Maritim dan TLDM tetapi masil lagi berlakunya kes penculikan.

Kes terbaru 4 orang warga Sarawak diculik oleh pengganas Abu Sayaff kononnya penculik meminta wang tebusan RM12. Juta  di mana wang tebusan tersebut telahpun diserahkan kepada pihak PDRM sehingga kini menjadi kontraversi di mana sudah wang RM12 Juta itu lesap.

Di Sabah sekarang seolah-olah negeri di bawah jajahan penculikan dan kegiatan penculikan macam dasar perdagangan antara bangsa  kerana setiap orang yang diculik maka penculik dapat hembohan atau ganjaran yang lumayan.


Adakah Negeri Sabah kini terjamin akan keselamatannya walaupun kerjasama antara tentera Malaysia-Filipina dan Indonesia untuk menggempur habisa-habisan para pengganas seperti Abu Sayaff.

Macam mana kerajaan  hendak  menyakinkan  rakyat Negara ini khusus nya para penduduk Sabah bahawa dipersisiran pantai diperairan Sabah selamat walaupun ada Esscom, dan tiada penculikan akan berlaku di masa-masa mendatang.


Kita sama-sama lihat bagaimana kecekapan pihak keselamatan menjaga perairan Sabah agar penculikan tidak akan berulang lagi

Pamandangan dari seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang tidak asing lagi Dato Seri Paduka Kemellia Hassan berpendapat mengenai kes penculikan yang kerap berlaku di Sabah mungkin ada dalang disebaliknya.

Kenapa perairan yang  begitu ketat di kawal rapi oleh ESSCOM masih boleh bolos  pihak pengganas  dengan mudah memasuki perairan Sabah.

Perkara ini yang sering menjadi tanda tanya oleh rakyat tempatan tiada kesudahannya kes culik-culik sampai bila boleh berakhirnya kes penculikan ini.



No comments:

Post a Comment