Friday June 24/2016
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
HARI Raya
Aidilfitri bakal menjelma lagi beberapa hari saja akan tiba tentunya surirumah
kini telah sibuk menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk sajian di hari raya
nanti.
Perlu diingatkan sebagai
surirumah harus bijak bila berbelanja untuk keperluan di hari raya kelak
memandangkan harga barangan kini semakin hari semakin melambung tinggi apa lagi
dimusim-musim menyambut perayaan sebegini memang ramai para peniaga telah mengambil kesempatan untuk
menaikan harga barangan niaga mereka dengan sesuka hati sahaja.
Seorang Aktivis Sosial
Masyarakat yang juga Pengerusi Portal The Sabah Insider.net Dato Seri Paduka
Kemellia Hassan (Gambar) memberikan nasihat kepada para ibu-ibu yang bakal
sama-sama menyambut hari lebaran nanti.
“Berbelanjalah lebih
berhemah lebih cermat dan jangan membanzir bila hendak menyambut hari leberan
belilah barang-barang yang perlu saja
bukan apa ada sesetengah surirumah bila diwaktu musim-musim menyambut hari raya
mereka berbelanja semacam boros diluar
kemampuan sambutlah hari raya secara sedarhana saja” katanya.
“Jangan lupa sebagai hamba
Allah dan Umat Islam setelah kita menjalani kewajiban berpuasa selama sebulan
di bulan Ramadan Al Mubarak kita juga di wajibkan membayar zakat dan fitra tiga
perkara ini adalah paling mustahak sebagai Umat islam’ tambahnya.
“Saya dengan ini selaku bagi
pihak pengurusan portal The Sabah Insider.Net dan bagi pihak semua krew-krew
dan para wartawan serta bahagian editorial mengucapkan selamat berpuasa dan
selamat menyanbut hari raya Aidilftri dengan Mohon Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment