Saturday June 18/2016
ALBUM KENANGAN.... Kelihatan Wong menjamu selera bersama-sama ahli jawatankuasa Masjid dan penduduk Kampung Cahaya baru.
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Kedatangan rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai
oleh Pengerusi DAP Negeri merangkap Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien
Fatt ke Kampung Cahaya Baru malam tadi
sambil berbuka puasa bersama para
penduduk khususnya dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid kelihatan
begitu mesra sekali.
Kedatangan Wong bersama rombongannya ke kampung Cahaya Baru disambut
oleh penduduk-penduduk dengan penuh hormatnya walaupun Ahli Parlimen Sandakan
adalah dipihak pembangkang akan tetapi
kesanggupan dan rasa tanggungjawab untuk mendekati rakyat paling diutamakan.
Terdahulu dalam ucapan ringkas Wong antara lain menyatakan sebagai ahli
parlimen yang dipilih oleh rakyat beliau sentiasa peka apa juga masalah
penduduk akan diambil tindakan dan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu yang
selebihnya akan dibantu mengikut dasar kemampuan.
Sambil itu Wong coba menangkis segala dakwaannya kononnya DAP anti Islam
anti orang Melayu itu adalah tidak benar mereka sengaja untuk memutarbelitkan
perjuangan DAP yang sebenarnya membantu semua golongan rakyat di Negara ini
tidak kira bangsa,agama dan warna kulit.
No comments:
Post a Comment