Sunday June 12/2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
BELURAN: Seorang penduduk yang dikenali Libon Ahim di kawasan Parlimen Beluran mendedahkan bahawa jalan utama (Main
Road) yang menghubungi dari Penempatan Peneroka Nangoh ke Kampung
Sinaputan-Kampung Rumidi Baru-Kampung Ansuan dan ke Kampung Kiabau dalam
keadaan gravel.
Katanya dalam satu kenyataan jalan yang menuju
kebebarapa buah kampung seperti yang disebutkan itu sudah berpuluh-puluh -tahun
lamanya gravel tidak dinaik taraf seperti jalan-jalan kampung lainnya.
Libon berkata kerosakan jalan-jalan itu sudah beberapa
tahun-tahun dialami oleh para penduduk
setempat yang berulang alik menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama
tetapi tiada siapa yang mengambil perhatian sama ada Ahli Dengan Undangan
Negeri (ADUN) Kawasan Labuk mahupun Ahli Parlimen Beluran sehingga ke hari ini.
“Saya harap bila tersiarnya berita ini di portal online
The Sabah Insider.net Wakil Rakyat Labuk
Datuk Micheal Asang dan Ahli Parlimen Beluran
Datuk Ronald Kiandee dapat mengambil perhatian terhadap masalah
kerosakan jalan yang dimaksudkan itu dan akan memperbaiki segera agar semua penduduk kampung berkenaan
dapat merasai nikmatnya kemudahan jalan raya yang lebih selesa yang disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) ” Katanya.
No comments:
Post a Comment