Saturday June 25/2016
( DS Shafie ada peluang duduki kerusi PM)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
MEMANG saya ramal Najib/UMNO tidak akan berani pecat
DS Shafie Apdal kesan jika dilakukan itu cukup bahaya buat UMNO di Sabah.
Najib
rasanya mendapat nasihat Musa Aman untuk tidak menyentuh DS Shafie Apdal
sebalik menggantung keahlian kesan boleh meruntuhkan UMNO di Sabah.
Memecat TS Muhyiddin dan DS Muhriz mereka anggap tidak
akan memberikan impak yang besar buat UMNO di Semananujung Malaysia dan apa
kesannya kita akan lihat nanti kesan pemecatan itu.
Hari ini UMNO telah membuat keputusan demikian dan
tentunya sesuatu yang tidak mengejutkan ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia.
Apa jadi DS Shafie Apdal selepas ini?
Saingan Musa Aman untuk duduki kerusi Ketua Menteri tentunya
DS Shafie Apdal dan tentu ada strategi untuk tidak menjadikan DS Shafie naik ke
atas.
Kita akan melihat sesudah ini apakah DS Shafie akan
semula ke atas atau akan hilang secara perlahan-lahan.
DS Shafie yang saya kenal insan yang TEGAS dan jujur dalam
perjuangannya untuk kepentingan rakyat dan itu sebab dia berterus terang
mengkritik tindakan Najib yang tidak benar.
DS Shafie masih Naib Presiden dan dia antara calon Naib
Presiden antara yang mendapat undi banyak dan apakah kemungkinan di pemilihan akan
datang dia bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO?
Jika ini berlaku, maka perwakilan UMNO harus menyokong
beliau dan itulah tangga yang terbaik untuk anak sabah yang berwibawa bakal
duduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Tidak boleh tidak cara terbaik, mereka dalam UMNO
terutama dari Sabah harus bersatu semula mengangkat DS Shafie untuk ke atas dan
tentunya inilah merupakan bakal melakar sejarah dalam politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment