PERATURAN JABATAN BURUH BEKERJA LAPAN JAM SEHARI?

Thursday June 02/2016


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

PERNAHkah kita menilai semula soal berapa jam kita berkerja sehari? Peraturan jabatan buruh ialah 8 jam sehari dan kesan ambil anak/hantar anak, sembang, minum kopi di kantin dan merokok, lalu tinggal berapa jam sisa waktunya bekerja?

Biasa saya perhatikan kaki tangan perkhidmatan awam kekadang datang tepat waktu jam 8am dan sesudah tekan perakam waktu terus ke kantin 45 minit dan balik ke office baca surat kabar dan jam 11am minum lagi lalu terus ambil hantar anak ke sekolah.

Nanti selepas hantar anak lambat terus balik rumah dan 2:30pm baru sampai rumah dan belum kira minum dan berapa jam saja kerjanya di pejabat?

Rasa-rasanya demikian juga mereka yang kerja di syarikat-syarikat swasta atau agensi kerajaan dan ini barangkali atas sebab di pejabat kerja kurang banding di bank dan yang berurusan dengan kaunter.

Saya lihat ini berbeza dengan pejabat luar negara seperti Jepun, Korea dan Negara-negara  yang lebih maju dan di Malaysia ini terlalu banyak main KLENTONG dan kesannya apa? Klentong itu menjadi budaya yang sedikitpun rasa tidak bersalah.

Gaji yang kita dapatkan telah ditentukan 8 jam sehari tolak 45 minit masa makan di kantin dan kena perhatikan peraturan2 jabatan buruh dan kesannya gaji yang kita dapatkan itu tidak bertepatan dan wang itu kita gunakan untuk biayai makan pakaian diri dan anak-anak itu kesan tidak berkat. Bila tidak berkat maka apa sudahnya?

Untuk menjawab soalan itu kena perhatikan apa kesannya bila wang yang didapatkan secara tidak sah dan maksud tidak berkat akan kita lihat juga nanti di dunia dan belum dikira di akhirat nanti.


No comments:

Post a Comment