Friday June 03/2016
DARI MEJA PENGERUSI
AHLI LEMBAGA
THE SABAH INSIDER.NET
DATO SERI KEMELLIA
HASSAN (HONG KONG)
www.sabahinsider14.blogspot.com
SEBAGAI Pengerusi Ahli
Lembaga kepada portal online The Sabah
Insider.net di mana saja saya berada saya tetap mengikuti akan perkembangan dan
perjalanan portal ini dari masa kesemasa ini adalah satu kewajiban dan
tanggungjawab saya.
Kini saya berada di Hong Kong sebelum bertolak ke China saya
sempat membuka dan melayari laman sesawang portal online The Sabah Insider.net
pagi tadi saya terbaca sebuah artikel tulisan Editor The Sabah Insider.net
iaitu saudara Shaimon S Jumadi mengenai pergerakan dan peranan parti DAP di Negara
ini.
Artikel bertajuk “SIAPA KATA DAP ANTI ISLAM DAN ANTI MELAYU”
terbit pada 03/06/2016 memang tepat
sekali apa yang diperkatakan oleh penulis artikel ini DAP memang tidak anti
Islam atau anti Melayu seperti yang didakwa oleh ahli-ahli UMNO itu.
Kalau memang benar DAP anti Islam atau anti Melayu parti itu
tidak akan bertahan lama bertapak dibumi Malaysia ini dan pihak Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak akan teragak-agak membatalkan dan membubarkan
DAP untuk lenyap selama-lamanya.
Parti DAP yang mendukong kerajaan negeri Pulau Pinan sejak
dari tahun 2008 hingga ke hari ini peranan yang diperjuangan DAP adalah untuk
membela nasib rakyat semua kaum yang ada di negeri itu dan kita tidak nampak ada sikap deskriminasi
atau birokrasi terhadap mana-mana kaum
sama ada terhadap kaum India-Melayu dan juga Cina kaedah pentadbiran yang di
jalankan pemerintahan di negeri itu sama rata saja.
Contohnya kalau ada kematian tidak kira Melayu-India dan Cina
mereka dapat sagu hati dari kerajaan negeri Pulau Pinang setiap keluarga yang
meninggal dunia akan menerima wang derma sebanyak RM2,500 dan dibayar dahulu
RM1,500 dan baginya RM1,000.00 akan
dilunaskan kemudian.
Contohnya DAP di Sabah dan di Sandakan Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tian Wong benar-benar berjiwa rakyat sering membantu orang-orang
yang dalam kesusahan yang terpinggir oleh ADUN_ADUN BN.
Apa saja bentuk bantuan yang termampu di agih-agikan untuk
keperluan penduduk-penduduk setempat, disini MP Sandakan wakil DAP benar-benar
berjiwa rakyat suka memberi pertolongan kepada rakyat.
Jadi tiada istilah DAP memang anti Islam atau anti Melayu
pesipsi itu yang di mainkan oleh pihak BN/UMNO terhadap DAP yang semata-mata
fitnah saja untuk memisungkan buah fikiran rakyat untuk membecikan DAP.
Tapi rakyat khususnya rakyat yang tergolong dari orang-orang
Melayu dan Bumiputera Islam kini telah menyedari bahawa perjuangan DAP ikhlas
untuk membantu rakyat tidak mengenal warni kulit agama dan bangsa.
Saya akan kembali ke tanah air sebelum hari raya dan banyak program dan aktiviti-aktiviti masyarakat akan diadakan sama ada di bulan Ramadan atau pada bulan syawal nanti semuanya saya akan bincangkan dengan Pembatu peribadi saya Shaimon S Jumadi
No comments:
Post a Comment