Friday June 24/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
PAS dapat dipujuk oleh UMNO dan kesannya kita
tahu itu caranya UMNO untuk terus berkuasa.
Di Sabah juga kita boleh
ramal dan ada parti lokal sama wataknya macam yang dimainkan oleh PAS di
Malaya.
PAS di Malaya hanya jadikan
DAP sebagai alasan parti tolak HUDUD/anti Islam sedang MIC, MCA, Sarawak dan
Sabah tidak disentuh anti hudud dan kemudian pura-pura tidak akan sertai BN.
Itulah wayang yang
dimainkan oleh PAS di Malaya dan kesannya undi pembangkang pecah dan itulah
yang dimaksudkan Pecah dan Perintah.
Memang permainan itu cukup
bijak dan ramai yang tertipu dan rakyat jadi bingung dan dibuli/dipermainkan
kesan rakyat terus menderita.
Saya diberitahu oleh
beberapa orang yang berjawatan tinggi dalam UMNO bahawa memang ada parti lokal
di Sabah yang wataknya sama macam PAS, tetapi dari sejumlah 13 parti itu ada
yang benar-benar berjuang untuk Sabahan.
Konon dikatakan mereka
menerima upah yang bukan sedikit demi Sabah terus jadi simpanan tetap BN dan
kemudian ketua parti jadi kaya raya yang tidak hairan sesudah PRU-14 kalau
parti berkenaan mendapat banyak kerusi secara tak langsung akan sertai BN dan
sekaligus bakal dilantik duduki kerusi/menteri di negeri dan pusat sepertinya
PBS, UPKO dan PBRS.
Makanya, itulah sebab-sebabnya
ada parti lokal beriya-iya mahukan 60 kerusi dan 25 kerusi mp di Sabah sambil
mengatakan parti Nasional yang namanya PH sebagai parti Malaya dilarang
mengganggu kerusi di DUN dan Parlimen di Sabah.
Jika misalnya PH tak
tanding 25 mp dan 60 dun sabah atau menyerahkan 11 kerusi yang dimenangi
termasuk kerusi Parlimen yang PH peggang, maka itu memudahkan mereka kuasai
Sabah sepenuhnya dan BN terus berkuasa di Sabah dan tentunya PH buta-buta kena
tipu masuk angin keluar asap dan rakyat terus menderita.
Namanya menyerah tidak
sekali meski mati dan lawan tetap lawan nama kena bodoh-bodohi jangan sekali.
Segalanya demi rakyat dan
visi PH jelas perjanjian 63 dan autonomi.
Lawan!
Lawan!
Lawan!
Lawan!
Lawan!
Tetap-Lawan
No comments:
Post a Comment