Sunday June 12/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
Dalam politik kena ada strategi dan biasanya
strategi itu tidak diperkatakan dan menjadi rahsia sang politikus tetapi rakyat
kena bijak membaca dan menelaah.
Anifah kata dia kononnya sengaja jemput DDJK untuk
ketepikan fahaman politik masing-masing dulu kerana dia yakin dan percaya DJK
ingin perjuangkan hak Sabah dan tak kesah bantal lain mimpi sama.
Yang jelas perjuangan DDJK ialah menuntut hak Sabahan dan
sebenarnya perkara berkenaan tidaklah sesusah yang diperkatakan dan caranya KL
laksanakan saja Perjanjian 63 seperti yang awalnya dipersetujui.
Ketika DDJK mengusul bahas perjanjian P63/20P di
Dewan/DUN Datuk Musa bangun dan ramai YB BN kata usul itu lapok dan ketinggalan
zaman.
Lalu YB Darel sama usul di Parlimen dan sesegeranya
Speaker Pandikar menolak, lalu apa lagi yang mahu dibincangkan dan bila Anifah
menjemput DJK jelas menyatakan untuk menarik perhatian hati rakyat terutama
KDM, kalau benar kenapa saja tidak dibincangkan dengan Najib dan sokong usul
Darel di parlimen?
Kita tahu KDM sekarang ramai yang meninggalkan PBS, PBRS
dan juga UPKO dan di situ Anifah usaha menarik perhatian kalangan pengundi KDM
dan ini juga ia mahukan dirinya seperti KM Sarawak perjuangkan hak Sabahan.
Kemudian DDJK pula menyatakan kalau mahu perubahan kena
ketepikan idelogi politik dan harus bercakap senada untuk menuntut hak sebab
harusnya bergerak bersama dalam satu strategi meski kelihatan bertentangan
dalam arena politik.
Merujuk kenyataan di atas apakah kemungkinan bakal
terjadi sesuatu yang di luar kotak pemikiran kita sepertinya PBS sertai BN?
Kita tahu untuk kuasai kerajaan federal, parti yang mahu
berkuasa mesti menangi lebih 112 kerusi MP dan apakah parti STAR dan parti lain
bakal tandingi 222 kerusi MP di Malaysia dan bakal menangi lebih 112 kerusi MP
untuk kuasai WANG DISATUKAN, tentera, polis dan sebagainya?
Selagi parti lokal gagal raih lebih 112 kerusi MP maka
jangan mimpi untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sebab terbukti PBS
menangi 2/3 DUN Sabah dalam tahun 1985 dan sudahnya apa yang terjadi?
Kalaulah kemungkinan Pairin meninggalkan PBS apakah yang
lain dalam PBS bakal menggantikan kerusi Pairin dan barangkali ini salah satu
peluang DDJK meninggalkan parti STAR asal Sarawak untuk mengganti Pairin sebab
dalam KDCA sendiri DDJK muncul sebagai timbalan yang biasanya akan
menggantikan/menduduki kerusi nombor satu ketika dikosongkan.
Makanya kemungkinan-kemungkinan itu bakal terjadi dan inilah yang namanya
strategi dan jika ini berlaku maka makna DDJK secara tidak langsung semula
duduki kabinet persekutuan jika berjaya tetapi apakah jadi rakyat Sabah/KDM
dalam kerajaan BN dan jawabanya sama akan terus menderita sepanjang hayat.
Perjalanan jelasnya terlalu berliku dan banyak sangat
duri-duri bakal menikam kaki dan rakyat
terus menggapai untuk meletakkan kaki di puncak tetapi gagal diraih meski terus
berusaha.
Cara terbaik semua parti pembangkang duduk sama untuk
bersatu tumbangkan BN dan rakyat Sabah mesti senada bukan dengan senada dengan
BN dan berkerja sama untuk elak anak bangsa merempat.
No comments:
Post a Comment