6,000 AHLI UMNO
BABITKAN 300 KETUA-KETUA CAWANGAN YANG DIKETUAI JAUJAN KELUAR MENINGGAL UMNO
SEMPORNA
Wednesday June 29/2016
KUPASAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
KUPASAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
TINDAKAN
inisiatif dan proatif ahli-ahli cawangan UMNO seramai 300 Ketua-Ketua
Cawangan yang meletakan jawatan
termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian
Semporna Datuk Jaujan Sambakong dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Semporna
Datuk Jasa Raudah kerana memprotes
tindakan Najib dan ahl-ahli majlis tertinggi UMNO telah menggantung
jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Hj Abdal
sebagai Naib Presiden UMNO kena dan tepat pada masanya.
Tahniah dan syabas ahli-ahli UMNO Semporna termasuk Datuk Jaujan
dan Datuk Jasa kerana berani bertindak mengikut lunas-lunas yang tertentu.
Nampaknya UMNO Semporna
yang membabitkan Senalang-Sulabayan dan Bogaya kini jadi lumpuh tidak lagi bermaya sebab orang-orang kuat
seperti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna Datuk Aziz Jaman turut keluar dari UMNO.
Dicadangkan jangan tubuh
parti baru buka saja ranting Parti KeAdikan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (PAN teguhkan dan kuatkan
perjuangan dua parti ini pasti mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi
dari mantan ahli-ahli UMNO yang telah meninggal UMNO.itu.
Memang sudah diduga dari awal-awal lagi pastinya ahli-ahli UMNO
Semporna lambat laun mesti keluar dan meninggalkan UMNO apabila kedudukan DS Shafie terjejas bukan kah menjadi satu
reality.
DS mempunyai pengikut dan
pengaruh yang besar jangan coba-coba main api atau cari pasal dengan Shafie dari Semporna Kunak
Silabukan Lahad Datu Tungku hingga ke Pulau Tabisan adalah pengikut setia DS Shafie sebabnya mereka sebangsa suku
Bajau.
Usaha dan tidak Datuk
Jaujan membawa 300 ketua-ketua cawangan UMNO Semporna yang membabit keahlian seramai
6,000 orang keluar UMNO adalah tindakan
yang tepat sekali dan mendapat sokongan.
Jumlah 6,000 ahli UMNO yang
meninggalkan UMNO Semporna bukan jumlah yang sikit jelas boleh melumpukan perjalanan dan
perjuangan UMNO baru padan muka Najib dan Majlis Teringgi UMNO yang lain
bertindak memecat atau menggantung
keahlian UMNO bukan datang kebaikan atau menguntungkan UMNO sebaliknya
memburukan dan merugikan kedudukan UMNO
sendiri.
Kini jelas dan
terang-terang UMNO Semporna sudah lumpuh
akibat perbuatan pemimpin UMNO yang tidak pandai memikirkan masa depan dan
mengabil tindakan melulu akibatnya UMNO
sendiri yang menerima padahnya dan bala.
Kita doakan agar ramai
ahli-ahli UMNO yang lainnya di Sabah dan
di Semenanjung ikut jejak seperti UMNO Semporna keluar beramai-ramai
meninggalkan UMNO yang tidak lagi relevan bukan macam UMNO zaman Mahathir ini
UMNO zaman Najib banyak penyimpang jauh dari perjuangan asalnya.
No comments:
Post a Comment