KEJAM MPS ANGKUT PERALATAN JUALAN BAZAR DI AWAL RAMADAN


Thursday June 09/2016

OLEH: AZLANI RAYQIEZON
www.sabahinsider14.blogspot.com

RUGI PENJAJA....Baru mulai berniaga di awal Ramadan barang-barang dah kena angkut MPS di denda lagi


TERPANGGIL rasanya  pula saya untuk menulis [lebih awal] mengenai  tindakan kejam  pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengangkut peralatan berjual para peniaga bazar Ramadan seperti meja & payung.
.
Saya selaku peniaga di Bazar & juga antara peniaga yg terlibat di "ANGKUT" peralatan menjual oleh MPS sedikit rasa kecewa dan terkilan.
.
Kecewa dan terkilan kerana seawal 1 ramadhan, MPS melalui penguatkuasa telah bertindak ganas tanpa ada rasa belas kesian sesame umut Islan di bulan yang mulia ini dan  dalam hal berkenaan tanpa MENGERAH ANGGOTA PENGUATKUASA di tempat lokasi bagi MELARANG SECARA LISAN para peniaga agar tidak meletakkan meja mereka di tempat yg di larang pihak majlis.
.
Untuk makluman LARANGAN, ARAHAN & AMARAN dari MPS agar tidak meletakkan peralatan berjual seperti meja di kawasan [tepi tembok JKR berdekatan Terminal Bas] telah di buat secara taklimat ketika cabutan lot Bazar Ramadan di  Dewan Masyarakat  Bandar Sibuga Jaya  Batu 8 Jalan Labuk.
.
Jesteru itu, tidak boleh netizen menyalahkan pihak Majlis 100% dalam hal tersebut. Cumanya apabila MPS mengadakan OPERASI ANGKUT seawal 1 Ramadhan & mengenakan kompoun RM50 bg menuntut peralatan berniaga yg di angkut MPS di lihat agak keterlaluan..
.
Apapun masalah ini telah selesai di mana MPS telah membenarkan peralatan berniaga di letakkan di gudang KKR  yg terbiar [bersebelahan terminal bus Batu Sapi].
.
Komen saya yg akhir, kan elok dari awal-awal lagi MPS tetapkan lokasi berkenaan.
Ia nya akan di lihat sebagai  TINDAKAN membantu oleh MPS dan tidak lah MPS di kecam sebagai ZHOLIM oleh masyarakat Islam di daerah ini.

No comments:

Post a Comment